suria

Ammar Titan puas hati dapat warna rambut, bosan imej lama... Siap ‘buat badan’ nak sado macam Norman Hakim dan Shah Rukh Khan

Ammar warnakan rambut kerana bosan dengan imej sama.

MAHU tampil berbeza kerana bosan dengan imej yang sama, pelakon dan pelawak Ammar Titan mengambil langkah berani mewarnakan rambutnya.

Menurut Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan, 34, ini kali pertama dia menukar warna rambut sehingga mengejutkan keluarga dan peminat.

"Saja mencuba bawa kelainan untuk diri kita, ini first time buat warna terang macam ini. Bosan tengok warna rambut hitam saja jadi kita carilah apa yang boleh buat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar tuntut layanan sama rata, jangan asyik pandang artis gred A - “Saya tidak cemburu atau dengki dengan rezeki mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Percaya pada rezeki anak-anak” Ammar tak putus asa sertai uji bakat selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan

"Saya tukar warna rambut ini minggu lepas, memang daripada dulu nak warna ash grey macam ni... tengok rambut Awal Ashaari pun nampak cantik juga.

"Ibu dengan ayah saya pun terkejut tengok saya warnakan rambut. Setakat ni Alhamdulillah tak ada lagi orang kecam... biarlah selagi kita tak buat jahat tak perlulah nak fikir apa kata orang," katanya kepada mStar.

ammar 1

Ammar jaga penampilan dan imej.

Ammar ditemui semasa tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu? yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Menyedari pentingnya menjaga imej dan penampilan bagi seseorang selebriti, Ammar juga dilihat aktif dengan aktiviti kecergasan dan menjaga tubuh badan.

Kalau dapat badan cantik itu semuanya pakej atas usaha menjaga pemakanan dan disiplin kecergasan yang saya lakukan!

AMMAR

PELAKON

Selepas setahun mengikuti rutin di gimnasium, dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman hingga menerima pujian peminat yang kagum transformasi tubuhnya yang kelihatan lebih sado.

"Dalam usia begini saya nak cuba kelainan tapi dalam masa sama menjadi diri sendiri. Orang yang banyak memberikan inspirasi kepada saya ialah Norman Hakim dan Shah Rukh Khan.

ammar 3

Penampilan Ammar lebih sado menerima pujian peminat.

"Shah Rukh Khan di usia 50 tahun nampak masih gagah, look good dan fit. Sebenarnya untuk dapatkan badan cantik ini orang tak tahu di sebaliknya ada latihan yang konsisten, disiplin pemakanan dan sebagainya.

"Saya bukan nak buat badan sampai jadi besar sangat, cuma nak sihat! Kalau dapat badan cantik itu semuanya pakej atas usaha menjaga pemakanan dan disiplin kecergasan yang saya lakukan," ujarnya.

Bercakap mengenai Siapa Tutup Lampu?, filem arahan pengarah muda Aliff Ihsan Rahman ini bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 November depan.

Selain Ammar, filem ini turut dibintangi oleh Naim D

aniel, Uyaina Arshad, Afieq Shazwan, Ismi Melinda dan Mark O’Dea.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain