“Percaya pada rezeki anak-anak” Ammar tak putus asa sertai uji bakat selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan - Video | mStar

“Percaya pada rezeki anak-anak” Ammar tak putus asa sertai uji bakat selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan

PELAWAK dan bekas penyampai radio Ammar (Titans) sebak apabila mengenangkan nasib anak-anak dan isteri selepas kerjaya tetapnya sebagai penyampai di sebuah stesen radio swasta ditamatkan baru-baru ini.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 32, berkata, dia tidak mengalah dan berputus asa, dia terus menghadiri uji bakat- uji bakat yang ada bagi terus mencari rezeki daripada peluang pekerjaan lain.

“Saya masih ingat kontrak bersama sebuah radio swasta berakhir pada 14 Februari lalu, namun pada 15 Februari iaitu esoknya saya masih bersiap nak pergi kerja. Kemudian isteri tegur dan ingatkan yang saya bukan lagi penyampai radio.

“Memang sedih, saya terus masuk bilik dan mengenang bagaimana nak pikul tanggungjawab menyara keluarga.

“Kesedihan bukan kerana memikirkan tiada kerja, tapi macam mana nak sara anak dan isteri,” kata Ammar kepada mStar.

Ammar bersyukur dia akhirnya diberi peluang menyertai sebuah program lawak muzikal bersama rakan baiknya pengacara Issey (Titan) dan Ain Edruce.

“Saya tidak mahu mengalah dan terus pergi semua uji bakat yang sedang berlangsung. Alhamdulillah syukur sekarang sedang menyertai program Lawak Muzikal Superstar bersama kumpulan Titans,” ujarnya.

Bekas peserta program Bintang Mencari Bintang ini ditemui pada majlis sidang media sitkom Pop Yeah Yeah di Bali Berita, The New Straits Times Press (NSTP) pada Rabu.

ammar titan
Semua
Hiburan
Berita
Variasi