“Dugaan memang ada” - Isteri Shuk Sahar ada 'password' IG, pantau godaan wanita miang - Video | mStar

“Dugaan memang ada” - Isteri Shuk Sahar ada 'password' IG, pantau godaan wanita miang

PELAWAK dan penyampai radio Shuk Sahar tidak ketinggalan daripada diganggu pengikut wanita di Instagram.

Namun Shuk mempunyai cara tersendiri untuk memastikan dia tidak terjebak dengan sebarang masalah yang mungkin timbul daripada platform berkenaan.

“Alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah lagi terpalit dengan sebarang kontroversi membabitkan pihak ketiga, namun tipulah kalau tidak langsung ada cubaan 'mengacau'.

“Ada juga yang cuba menghantar DM (direct message) namun semuanya atas pilihan sendiri mahu melayan atau tidak. Tambahan pula isteri juga boleh akses laman Instagram saya. Jadi saya terselamat daripada perkara yang tidak sepatutnya di zaman serba moden ini,” kata Shuk kepada mStar.

Shuk ditemui semasa majlis sidang media sitkom Pop Yeah Yeah yang berlangsung di Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP) pada Rabu.

shuk balas
Semua
Hiburan
Berita
Variasi