“Aku tak fikir panjang, yang penting nak hiburkan orang” - Nabil sedar selalu buat hal atas pentas - Video | mStar

“Aku tak fikir panjang, yang penting nak hiburkan orang” - Nabil sedar selalu buat hal atas pentas

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad berkata semua kontroversi yang berlaku membabitkan dirinya mempunyai kesan baik dan buruk yang boleh membantu mempromosikan program secara tidak langsung.

Bagaimanapun kata Nabil, sebagai pengacara dia mempunyai tanggungjawab untuk menghiburkan penonton menerusi gurau senda di atas pentas walaupun ada kalanya mengguris hati pihak lain.

"Orang akan belajar daripada kesalahan saya. Namun apa yang baik itu akan dijadikan panduan kepada orang lain mengenai cara mengendalikan program hiburan.

"Sebenarnya apa yang diungkapkan di atas pentas adalah ikhlas, tak fikir (panjang) kerana yang penting apa yang boleh menghiburkan orang," katanya kepada mStar.

nabil ahmad
Semua
Hiburan
Berita
Variasi