"Jangan 'buat' motor untuk lumba" - Black Hanifah otai EX5 bersuara - Video | mStar

"Jangan 'buat' motor untuk lumba" - Black Hanifah otai EX5 bersuara

SEJAK kebelakangan ini, golongan selebriti dilihat seakan 'berperang' serta berlumba-lumba menayang proses menaik taraf motosikal segmen moped atau motosikal berkuasa rendah.

Sehubungan itu timbul kebimbangan sama ada pengaruh yang dibawa golongan ini akan memberi kesan buruk kepada orang ramai khususnya kemungkinan ia menggalakkan aktiviti lumba haram atau 'rempit'.

Penyanyi Black Hanifah yang sejak dahulu menunggang motosikal jenis tersebut melihat ia daripada sudut berbeza.

“Saya lihat ramai dah mula membaik pulih motosikal yang dah lama tersadai. Sekaligus ia memberi peluang dan rezeki untuk anak muda yang mempunyai bengkel motosikal untuk menambah pendapatan.

“Tapi jangan pula terikut dengan selebriti yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk menaik taraf kuasa motosikal, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan sampai bebankan poket sendiri kelak,” kata Black kepada mStar.

black hanifah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi