Sindir penerbit 'kaki kipas', Fendy Bakry mengaku bergurau kasar - "Tak salah promo drama sendiri" - Video | mStar

Sindir penerbit 'kaki kipas', Fendy Bakry mengaku bergurau kasar - "Tak salah promo drama sendiri"

PELAKON Fendy Bakry berkata tidak menjadi kesalahan bagi pelakon untuk mempromosikan drama lakonan mereka di laman sosial masing-masing walaupun tanpa bayaran tambahan.

Penjelasan itu sekaligus menjelaskan tanggapan negatif netizen terhadapnya susulan sokongan yang diberikan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang meminta pihak stesen televisyen memberikan bayaran sekiranya mahu pelakon mempromosikan drama dibintangi mereka.

"Tak salah nak promosi drama sendiri. Malah sewaktu proses penggambaran pun kami muat naik aktiviti di lokasi, ia juga satu bentuk promosi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami pun cari makan”- Sharifah Sakinah kecewa stesen TV minta promosi percuma di media sosial

Komen Fendy di status milik Sharifah Sakinah.

Selain itu Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 31, berkata dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi sendiri apabila berbalas komen berbaur sindiran dengan penerbit drama, Fadzil Teh.

Kata Fendy, kenyataan yang mendakwa Fadzil sebagai ‘kaki kipas’ dan cuba membodek pihak stesen televisyen bagi mendapatkan slot menerbit drama hanya gurauan.

fendy bakry , sharifah sakinah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi