suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hael Husaini masih pujuk, buat petisyen agar Tok Ti bawa lagu Anta Permana jika layak ke AJL

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana nyanyiannya iaitu Hael Husaini masih memujuknya untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya ia berjaya melangkat ke Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) akan datang.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menjelaskan penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi itu turut meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai memintanya menyanyikan sendiri lagu itu sebagai kemunculan semula Siti di pentas AJL.

“Memang Hael Husaini selaku komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana ada hubungi saya secara peribadi meminta agar saya menyanyikan sendiri lagu ini jika ia layak ke AJL kelak. Hael juga meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai agar saya terbuka hati untuk memenuhi permintaannya.

“Namun sehingga kini belum ada sebarang kata putus untuk menyanyikan atau tidak lagu tersebut. Saya beri kebebasan untuk Hael pilih dahulu pengganti yang sesuai, rasanya dia sendiri mampu bawa lagu tersebut dengan baik,” kata Siti kepada mStar.

Terdahulu, Siti pernah meluahkan hasrat untuk melihat penyanyi Ernie Zakri menggantikannya menyanyikan lagu Anta Permana jika berjaya ke AJL.

Untuk rekod, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini mengumumkan dia menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada 2010.

Anta Permana dihasilkan Hael dan juga komposer terkenal, Ezra Kong.

siti nurhaliza, hael husaini


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi