suria

“Kami pun cari makan”- Sharifah Sakinah kecewa stesen TV minta promosi percuma di media sosial

Sakinah kecewa terhadap sikap stesen televisyen yang meminta pelakon membuat promosi drama secara percuma di Instagram.

PELAKON Sharifah Sakinah meluahkan rasa kecewa terhadap stesen televisyen yang mengharapkan setiap pelakon membuat promosi drama atau filem secara percuma di laman Instagram masing-masing.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 30, tindakan itu seolah-olah menindas anak seni malah dianggap tidak adil memandangkan ia sebahagian daripada sumber rezeki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Tolong berambus” - Itu jawapan Sharifah Sakinah selepas terima info suami curang

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan fitnah!... kekasih saya bukan suami Sharifah Sakinah"

"Instafamous akan menerima bayaran jika mereka keluar TV tetapi apabila seorang pelakon kena buat promo di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma.

"Walhal kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.

"Nampak sangat stesen TV cuba kaut untung dengan membayar pelakon hanya untuk lakonan mereka namun mengharapkan promosi percuma kepada jutaan pengikut tanpa membayar satu sen pun kepada kami," tulisnya.

Antara kenyataan yang dimuat naik Sakinah.

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini meluahkan rasa kesal itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sakinah turut meminta pandangan pengikutnya adakah dia patut mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di Instagram miliknya itu.

"Nak ikutkan kontrak, saya dibayar hanya untuk khidmat berlakon sahaja. Sosial media saya adalah 'kerja' sampingan yang saya jaga selama ini.

"Jadi apa pendapat anda? Khususnya yang buat kerja di TV dan sosial media. Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi? Rasanya gaji untuk job berlakon sahaja... bukan untuk promo sekali dalam instagram.

"Itu dah boleh dikira start charge tak? Nak tanya sahaja sebab instafamous masuk TV kena bayar bukan percuma. So saya rasa Instagram saya pun bukan percuma,” katanya.

Sharifah Sakinah, Instafamous

Artikel Lain