“Tolong berambus” - Itu jawapan Sharifah Sakinah selepas terima info suami curang - Hiburan | mStar

“Tolong berambus” - Itu jawapan Sharifah Sakinah selepas terima info suami curang

Sharifah Sakinah berang individu tuduh suami ada hubungan dengan wanita lain.

PELAKON Sharifah Sakinah memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Sakinah, 29, memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

"Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu tentang kehidupan dan hubungan rumah tangga saya, dengan rasa penuh hormat tolong berambus.

"Kami tidak perlukan perhatian atau tuduhan tidak berasas dalam kehidupan peribadi saya. Siapa anda pelik gila," ujarnya pada Jumaat.

Paparan skrin yang dimuat naik di Instagram story Sakinah.

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu berang apabila individu tidak dikenali cuba menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang pramugari.

Menerusi akaun bernama @Mia,Haidy itu, individu berkenaan menghantar sekeping foto kepada pelakon berkenaan.

"Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.

"Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari," ujar wanita pada paparan skrin tersebut.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. 

Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Sharifah Sakinah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain