suria

Faizal Ismail sambung belajar di UK pada September “Sesuatu yang sudah lama saya rancang”

Faizal Ismail bakal berhijrah ke UK September ini.

PENGACARA Faizal Ismail memberitahu dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Cardiff University, United Kingdom pada September ini.

Faizal berkata, dia bakal menyambung pengajian dalam bidang Industri Kreatif yang mana akan memberi manfaat kepada dirinya dan Malaysia.

"Insya-Allah sekiranya tiada apa-apa aral, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Cardiff University, UK pada September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu... Faizal Ismail tak buat 'prank call' lagi

"Sesuatu yang dah lama saya rancang namun kerana urusan peribadi dan bisnes maka tahun ini, Allah izinkan.

"Master dalam bidang Industri Kreatif (Creative Industries) yang akan saya manfaatkan untuk diri sendiri dan Malaysia," ujarnya.

Bekas penyampai radio itu berkongsi berita gembira di Instagram miliknya pada Isnin.

Faizal berkongsi berita itu di IG miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Faizal berkata, bisnes makanan yang diusahakan akan berjalan seperti biasa.

Dia juga merancang untuk membawa produk jualannya untuk diperkenalkan di sana.

"Apa pun, bisnes akan tetap berjalan seperti biasa kerana sudah ada team yang menguruskan.

"Saya juga akan membawa produk ‘Ready to Eat’ ini untuk diperkenalkan di sana," ujarnya.

Selain itu, Faizal berkata, program temu bual dalam talian bersama pengacara Fara Fauzana iaitu Dbilique akan diteruskan dengan pengisian berlainan sepanjang berada di luar negara.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar perancangan itu berjalan lancar.

Faizal Ismail

Artikel Lain