Ismail Izzani tayang kereta mewah hasil tiga tahun jadi artis… “Bukan riyak, cuma kongsi dengan peminat” - Hiburan | mStar

Ismail Izzani tayang kereta mewah hasil tiga tahun jadi artis… “Bukan riyak, cuma kongsi dengan peminat”

Ismail bakal miliki kereta mewah yang dibeli menggunakan wang hasil sebagai penyanyi. Foto Instagram @ismailizzani_

TINDAKAN penyanyi Ismail Izzani memuat naik video dan foto sedang memandu uji sebuah kereta mewah mengundang perbalahan netizen.

Ada yang beranggapan penyanyi berusia 19 tahun ini bersikap riyak dan sengaja ingin menunjukkan kemewahan yang dimiliki olehnya.

Enggan terus melatah dengan kritikan netizen di laman sosial, Ismail memberitahu apa yang dimiliki itu atas hasil kerja keras yang dilakukan sepanjang bergelar penyanyi.

Tambahnya lagi, perkongsiannya itu bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya sekadar berkongsi sebahagian daripada pencapaian yang boleh dibanggakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani sedih dan tertekan dituduh bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai orang suka cari kesalahan, hati-hatilah! - Ismail Izzani pesan rakan artis terpalit kontroversi

"Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riyak.

"Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi apa yang saya miliki atas usaha dan hasil titik peluh sendiri... bukannya nak berbangga diri semata-mata!

Ismail dituduh menunjuk-nunjuk kerana memuat naik foto dan video kereta mewah yang bakal dibeli.

"Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya," katanya kepada mStar.

Penghujung Jun lalu, penyanyi lagu Luar Biasa ini berkongsi keterujaan bakal memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes.

Dia turut memuat naik beberapa rakaman video sesi pandu uji kereta mewah berwarna putih itu sehinggakan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Usaha keras tiga tahun Ismail membuahkan hasil.

Sementara itu, anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini berkata kebanyakan peminatnya di Instagram sudah memahami cara dia berkomunikasi sesama mereka.

Ujarnya, dia mempunyai cara tersendiri dalam menghiburkan pengikut di laman tersebut.

"Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius.

"Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah, masing-masing ada cara untuk meluahkan pendapat dan saya terima apa sahaja komen mereka," katanya.

Ismail Izzani

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain