Hamil lapan minggu, Amyra Rosli mula mengidam, anak sulung pula tunjuk sikap manja - Hiburan | mStar

Hamil lapan minggu, Amyra Rosli mula mengidam, anak sulung pula tunjuk sikap manja

Amyra Rosli sudah mula mengidam pelbagai jenis makanan.

PELAKON Amyra Rosli memberitahu anak sulung mereka, Aqeef Anaqi mula menunjukkan sikap manja luar biasa sejak dia disahkan hamil anak kedua awal Jun lalu.

Isteri pelakon Amar Baharin ini berkata, Anaqi yang kini berusia dua tahun itu seakan-akan mengetahui bakal menjadi seorang abang apabila enggan berenggang walaupun pada waktu tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin dapat hadiah 'pregnancy test', Amyra Rosli hamil tiga minggu

“Anaqi seolah-olah tahu dia bakal menjadi abang biarpun Amyra belum lagi disahkan hamil ketika itu.

Aqeef Anaqi mula tunjuk sifat manja luar biasa.

“Dia enggan berenggang terutama pada waktu tidur, lebih melucukan dia gemar tidur di atas muka Amyra sejak kebelakangan ini” katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan di Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amyra yang kini hamil lapan minggu mendedahkan dia mula gemar melayari laman sosial untuk membeli pelbagai jenis makanan.

Amyra sanggup buat pesanan kek yang diidami dari Sabah.

“Kalau ikutkan kandungan ini masih lagi berada di peringkat awal, tapi saya sudah mula mengidam pelbagai jenis makanan.

“Hampir setiap hari saya akan memesan pelbagai jenis makanan yang dijual atas talian, baru sebentar tadi saya beli sejenis kek gulung di Sabah,” tambah Amyra.

Isnin lalu, Amar mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua mereka menerusi laman sosial.

Pasangan ini berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aqeef Anaqi, 2.

amyra rosli , amar baharin

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain