Vida mohon maaf, Cik B ‘bikin drama’ serah uncang duit miliknya untuk ganti barang kemas kepada Aishah - Hiburan | mStar

Vida mohon maaf, Cik B ‘bikin drama’ serah uncang duit miliknya untuk ganti barang kemas kepada Aishah

Cik B buat kejutan untuk Vida.

ANAK usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B membuat kejutan apabila menyerahkan sejumlah wang kepada ibunya bagi membayar ganti rugi barang kemas kepada penyanyi Aishah.

Menerusi rakaman secara langsung di Facebook milik usahawan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, muncul secara tiba-tiba pada sidang media khas yang diadakan Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman di kediamannya di Ipoh Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa Aishah, Vida berakhir... Isu berlian palsu selesai cara mediasi “Akhirnya boleh tidur lena

ARTIKEL BERKAITAN: Vida perlu ganti barang kemas RM80,000... Aishah beri masa dua minggu

"Mama, Cik B tak nak mama guna duit sendiri untuk bayar ganti rugi kepada dia (Aishah). Guna duit Cik B ini.

Cik B serah RM100,000 hasil jualan produknya kepada Vida.

"Tak apa, hari ini Cik B beri mama duit... esok pasti ada rezeki lain yang akan datang," katanya.

Cik B dipercayai menyerahkan beberapa bungkusan wang berjumlah sehingga RM100,000.

Vida mengadakan sidang media khas berkaitan isu tuntutan berlian penyanyi lagu Janji Manismu yang telah diselesaikan dengan cara mediasi Isnin lalu.

Pada Isnin lalu, Aishah mendedahkan kemelut isu berlian palsu antara dia dan Vida sudah menemui titik noktah apabila ia diselesaikan secara mediasi.

Isu antara Aishah dan Vida diselesaikan secara mediasi.

Aishah pada sebuah sidang media menjelaskan usahawan yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza itu perlu membayar harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000 kepadanya pada atau sebelum 17 Julai ini.

Selain itu, Vida perlu membuat sidang media untuk membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut tempoh masa sama.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu berkenaan, Vida menjelaskan tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu atas persetujuan bersama.

Pada sidang sama, Vida turut membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.

Vida buat permohonan maaf secara terbuka kepada Aishah.

“Sebagai salah satu tuntutan yang perlu saya laksanakan ialah saya mohoh maaf secara terbuka kepada Aishah atas representasi salah terhadap barang kemas tambahan pada Gegar Vaganza 4.

“Namun saya jelaskan lagi dalam isu ini tiada yang menang atau pun kalah kerana ia diselesaikan secara persetujuan bersama antara dua pihak,” ujarnya.

Untuk rekod, perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai berjumlah RM80,000 yang ditaja usahawan itu adalah palsu.

Aishah menyedari barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan program Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

vida , cik b , aishah

Artikel Lain