suria

Ismail Izzani sedih dan tertekan dituduh bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya

2018 melihat Ismail Izzani ditimpa pelbagai kontroversi liar

PENYANYI Ismail Izzani berasa sedih dan terkilan apabila dianggap sebagai membawa pengaruh tidak baik kepada rakan-rakannya.

Ismail, 19, berkata, perkara itu disedari apabila rakan-rakannya dihalang oleh ibu bapa mereka untuk berkawan dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar foto berpeluk, Ismail Izzani kesal dan mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya


Luahan Ismail di Instagram.

"Sudah banyak kali sebenarnya saya menghadapi situasi ini, ibu bapa beberapa rakan saya mula menghalang anak-anak mereka berkawan rapat dengan saya kerana dikatakan membawa pengaruh buruk.

"Namun perasaan yang saya pendam selama ini sampai ke kemuncak malam tadi sehingga saya alami mental breakdown, saya akui sedikit terasa hati apabila apabila dilemparkan tuduhan sebegitu," kata Ismail kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini ditemui semasa konsert Kindness Stand Together pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata dia berasa teruja apabila dilantik untuk menjadi duta kempen #standtogether buat kali kedua.

Ismail Izzani bersama barisan selebriti yang menyertai kempen #standtogether.

"Sebenarnya kempen ini memfokuskan untuk bersatu memberi bantuan buat para pelajar di sekolah seluruh Malaysia untuk menyebarkan kebaikan sesama mereka.

"Ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta program #standtogether ini, malah ia membantu saya untuk terus berfikir dengan positif biarpun saya sendiri terpalit dek beberapa isu negatif sepanjang tahun lalu," katanya.

ismail izzani

Artikel Lain