suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Brian ikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan

Nadia Brian bertunang dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin. Foto Instagram @nadia.brian

PELAKON Nadia Brian selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada Sabtu.

Majlis secara sederhana itu diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat.

Menerusi Instastory, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkongsi rakaman video pendek ketika majlis pertunangan berlangsung.

Majlis pertunangan Nadia dan Muizz.

Hasil carian juga mendapati wujudnya tanda pagar atau hashtag #MuizzxNadiaB di Instagram.

Pelakon filem Ratu Kala Jengking itu kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna ungu rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar, Nadia berkata majlis pernikahannya bersama Muiz dijangka berlangsung awal tahun depan.

Muizz melamar Nadia di hadapan Menara Eiffel.

"Kalau ikut perancangan mungkin berlangsung awal 2020 atau secepatnya hujung tahun ini.

"Apa pun ia bergantung kepada rezeki. Saya sendiri pun mengharapkan perkara baik ini dapat dipercepatkan," katanya.

Pada Februari lalu, Nadia menerima lamaran kekasihnya di Paris, Perancis dalam suasana romantik bersaksikan Menara Eiffel.

Nadia Brian, Muizz, tunang

Artikel Lain