Pelancong digalakkan mencampurkan pakaian setiap ahli keluarga dalam bagasi berbeza. -Gambar hiasan AI
ANTARA perkara yang boleh merosakkan pengalaman bercuti ialah apabila bagasi hilang atau tidak tiba bersama penumpang di destinasi. Situasi ini boleh menyebabkan pelancong terpaksa menunggu lama tanpa pakaian untuk digunakan sepanjang percutian. Bagi mengelakkan masalah itu, seorang wanita dikenali sebagai Nora Ahmad berkongsi tip mengemas pakaian, terutama bagi yang melancong bersama keluarga.Menurut Nora, antara kesilapan yang perlu dielakkan ialah mengasingkan pakaian setiap ahli keluarga dalam bagasi berbeza."Sejak selalu travel, satu perkara yang saya selalu pesan ialah jangan letak pakaian setiap orang dalam satu bagasi sahaja. "Sebaliknya, campurkan pakaian semua ahli keluarga dalam setiap bagasi. Contohnya, kalau travel bertiga, pastikan setiap bagasi ada pakaian saya, suami dan anak. "Jadi, kalau satu bagasi tak sampai, sekurang-kurangnya masih ada pakaian untuk semua orang dalam bagasi lain,” katanya.Mood percutian boleh rosak sekiranya bagasi tidak sampai ke destinasi. -Gambar hiasan AISelain itu, Nora turut menyarankan pelancong membawa dua hingga tiga pasang pakaian tambahan dalam beg kabin sebagai persediaan sekiranya bagasi daftar masuk lewat tiba.“Terutama kalau travel dengan anak kecil. Kalau semua bagasi tak sampai pun, sekurang-kurangnya ada pakaian gantian sementara menunggu bagasi tiba,” katanya.Dalam pada itu, dia turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan packing organiser bagi memastikan pakaian lebih tersusun dan mudah dicari.Menurutnya, penggunaan beg penyusun pakaian berbeza warna untuk setiap ahli keluarga juga dapat memudahkan proses mengemas."Paling senang, beli packing organiser mengikut warna untuk setiap ahli keluarga. Contohnya, saya guna warna merah jambu, suami kelabu dan anak warna beige."Walaupun pakaian semua orang dicampurkan dalam satu bagasi, barang tetap tersusun dan senang nak cari," katanya.Perkongsian Nora itu dimuat naik menerusi Threads.