BUKAN hanya perlu memiliki tiket pesawat, tempahan hotel dan pasport yang masih sah, tetapi setiap negara turut mempunyai peraturan ketat berkaitan barangan yang dibawa oleh pelancong. Malah, sesetengah negara mempunyai senarai barangan larangan yang panjang, termasuk makanan, produk haiwan, ubat-ubatan, rokok serta barangan berkaitan senjata, perjudian dan bahan berharga. Jika tidak mengetahui peraturan yang ditetapkan, barangan dibawa mungkin dirampas dan dalam keadaan tertentu, pelancong juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.Segelintir pelancong bertindak berani dengan menyorok rokok elektronik di dalam bagasi mereka. -Gambar hiasan1. Singapura: Gula-gula getah dan rokok elektronikGula-gula getah merupakan antara barangan yang mempunyai peraturan ketat untuk dibawa masuk ke Singapura.Pelancong dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membawa gula-gula getah kerana kemasukannya ke Singapura secara amnya dilarang, kecuali untuk tujuan perubatan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan.Selain itu, rokok elektronik atau vape juga dilarang dibawa masuk ke Singapura. Kastam Singapura melarang pelancong membawa produk mengandungi nikotin atau tembakau yang boleh digunakan secara luaran, ditanam atau disuntik ke dalam mana-mana bahagian tubuh.2. Jepun: Bahan terlarang dan barangan yang melanggar hak harta intelekJepun melarang pelancong membawa masuk bahan terlarang seperti heroin, ganja dan bahan psikotropik tertentu. Senjata api dan bahan letupan juga termasuk dalam senarai barangan terlarang.Biro Kastam dan Tarif Jepun turut melarang kemasukan barangan yang melanggar hak harta intelek.Bagaimanapun, produk tembakau seperti rokok yang dilarang dibawa masuk ke sesetengah negara lain masih dibenarkan di Jepun dalam kuantiti tertentu.Daging segar antara makanan yang dilarang dibawa masuk ke Australia.3. Australia: Makanan segar dan dagingAustralia mempunyai peraturan biosekuriti yang sangat ketat, menyebabkan pelbagai jenis barangan tidak boleh dibawa masuk sewenang-wenangnya.Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, produk tenusu, telur serta beberapa jenis bijirin dan bahan makanan mungkin dilarang dibawa masuk ketika tiba di Australia.Namun, sesetengah bahan makanan masih dibenarkan dengan syarat import yang ketat. Antaranya daging segar dari New Zealand dan daging dalam tin.Australian Border Force turut melarang pelancong membawa masuk produk tembakau dan vape tanpa permit.4. Amerika Syarikat: Daging haiwan liar tertentu dan mainan berbahayaCustoms and Border Protection Amerika Syarikat melarang pelancong membawa masuk beberapa jenis barangan seperti daging daripada haiwan liar tertentu, mainan berbahaya serta bahan terlarang seperti absinthe dan Rohypnol.Selain itu, terdapat barangan yang dikawal dengan ketat dan memerlukan permit atau lesen khas daripada agensi berkaitan, termasuk sesetengah jenis buah-buahan dan sayur-sayuran serta produk haiwan dan hasil sampingannya.5. New Zealand: Pelbagai jenis produk makananKementerian Industri Utama New Zealand mempunyai peraturan biosekuriti yang sangat ketat. Oleh itu, banyak produk tidak boleh dibawa atau dihantar masuk ke negara tersebut.Antaranya termasuk produk lebah dan madu, buah-buahan, cendawan serta bijirin dan benih.Larangan kemasukan turut meliputi pelbagai produk haiwan, daging, telur, minyak, sayur-sayuran dan tumbuhan.Banyak peraturan yang perlu diperhalusi jika mahu melancong ke luar negara. -Gambar hiasan AI6. Emiriah Arab Bersatu (UAE): NarkotikEmiriah Arab Bersatu, khususnya Dubai, melarang kemasukan ubat-ubatan narkotik, termasuk produk yang mengandungi cannabidiol (CBD).Selain itu, alat perjudian serta barangan yang tercemar dengan bahan radioaktif atau berkaitan dengan kesan nuklear turut dilarang.7. Kesatuan Eropah (EU): Daging dan produk tenusuSebanyak 27 negara yang tergabung dalam Kesatuan Eropah melarang pelancong dari negara bukan EU membawa masuk daging atau produk tenusu.Namun, pelancong masih dibenarkan membawa masuk sejumlah buah-buahan dan sayur-sayuran, telur serta madu dalam kuantiti terhad.Kebanyakan negara EU juga mempunyai peraturan ketat berkaitan kemasukan haiwan atau tumbuhan yang terancam. Dalam sesetengah keadaan, pelancong mungkin perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.