Rasa gemuruh atau cemas ketika menaiki pesawat lazimnya dialami oleh individu yang mempunyai fobia terhadap ketinggian. -Gambar hiasan AI
BAGI sesetengah individu, menaiki kapal terbang bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan, malah boleh mencetuskan rasa takut dan cemas.Bayangkan pesawat yang dinaiki sedang merentasi daratan, gunung-ganang serta lautan luas pada ketinggian puluhan ribu kaki dari permukaan bumi, sudah pasti mereka tidak senang duduk sepanjang penerbangan. Bagi membantu mengurangkan rasa takut berkenaan, seorang bekas kakitangan sebuah syarikat penerbangan tampil berkongsi beberapa tip yang boleh diamalkan penumpang sebelum dan sepanjang penerbangan.Menurut individu berkenaan, pengalaman bekerja dalam industri penerbangan selain kerap melancong memberinya pengetahuan mengenai cara untuk menguruskan rasa cemas ketika berada di dalam pesawat.Berikut lima tip yang dikongsikannya:1. Pilih tempat duduk 'aisle' di bahagian tengah pesawatBagi penumpang yang mudah berasa tidak selesa dengan pergerakan pesawat, mereka disarankan memilih tempat duduk di bahagian di tengah pesawat, khususnya sekitar kawasan sayap.Kedudukan tersebut dikatakan dapat membantu penumpang kurang merasakan pergerakan pesawat berbanding beberapa bahagian lain.Selain itu, penumpang disarankan memilih tempat duduk di lorong (aisle seat) agar tidak perlu melihat terus ke luar tingkap.Mendengar lagu atau menonton filem merupakan salah satu cara untuk menghilangkan 'anxiety' sepanjang penerbangan. -Gambar hiasan 2. Elak melihat peta penerbanganMelihat paparan peta penerbangan yang menunjukkan kedudukan pesawat ketika sedang berada di udara mungkin membuatkan mereka semakin overthinking sekali gus menambahkan rasa gelisah. Justeru, elakkan daripada terlalu kerap melihat flight map, sebaliknya cuba mengalihkan perhatian kepada perkara lain sepanjang perjalanan.3. Sediakan hiburan sebelum penerbanganSalah satu cara untuk mengalihkan perhatian adalah dengan menonton filem atau mendengar lagu kegemaran. Penumpang boleh memuat turun filem, podcast atau senarai lagu pilihan sebelum menaiki pesawat. Dengan cara itu, masa sepanjang penerbangan dapat diisi dengan aktiviti yang disukai tanpa terlalu memikirkan keadaan pesawat atau tempoh perjalanan.ARTIKEL BERKAITAN: Kos beli bagasi RM100 tapi dapat pampasan RM700! Tindakan pelancong ini ‘add-on’ beli insurans perjalanan memang berbaloi4. Kawal pernafasan Apabila rasa anxiety atau cemas mula datang, amalkan menarik nafas panjang dan lakukan secara berulang selama beberapa minit.Pada ketika itu, penumpang disarankan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pernafasan bagi membantu mengalihkan perhatian daripada perkara yang mencetuskan kebimbangan.5. Berbual atau berjalanPenumpang boleh berjalan-jalan seketika di dalam kabin apabila keadaan mengizinkan, berbual dengan penumpang lain atau berinteraksi dengan kru kabin.Bagi yang gemar menghasilkan kandungan, masa penerbangan juga boleh diisi dengan aktiviti seperti merakam video dan sebagainya. Walaupun setiap individu mempunyai tahap kebimbangan yang berbeza, beberapa langkah mudah ini mungkin dapat membantu menjadikan pengalaman menaiki pesawat lebih tenang.