MEMASUKI edisi ke-12, festival seram Nights Of Fright (NOF) kini kembali dengan pengalaman yang lebih menggerunkan, menyeramkan dan mendebarkan jantung pengunjung.Bukan sekadar himpunan rumah hantu, NOF12 tampil dengan 'kebangkitan' dunia baharu menerusi tema APE-OCALYPSE yang membawa pengunjung ke sebuah dunia apabila tamadun manusia tumbang dan mawas mengambil alih. Mengambil inspirasi daripada filem Mad Max dan Planet of the Apes, konsep berkenaan membawa pengunjung meneroka dunia yang sudah berubah.Di dalamnya manusia bukan lagi menjadi penguasa, sebaliknya terpaksa berdepan makhluk yang kini menguasai segala-galanya.Namun, APE-OCALYPSE bukan satu-satunya tarikan yang menanti pengunjung.NOF12 turut menampilkan deretan pengalaman seram dan budaya dari seluruh dunia termasuk mitologi Jepun, kisah supernatural Asia Tenggara, manga, K-pop serta cerita dongeng popular yang diberi sentuhan lebih 'gelap'.Berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 25 September hingga 7 November 2026 bermula pukul 7.30 malam hingga 11.30 malam, NOF12 bakal mengubah Sunway Lagoon Kuala Lumpur menjadi dunia seram penuh aksi dengan pelbagai tarikan, persembahan langsung dan pengalaman interaktif.Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Taman Tema Sunway, Michelle Soong, Nights Of Fright sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman imersif selain menerajui perkembangan hiburan yang semakin mendapat tempat di rantau ini.NOF12 turut menampilkan deretan pengalaman seram dan budaya dari seluruh dunia."APE-OCALYPSE memberikan kami satu hala tuju kreatif yang cukup menarik, manakala barisan tarikan yang lebih pelbagai membolehkan kami menggabungkan pengaruh antarabangsa dengan elemen yang dekat dan mempunyai makna kepada penonton di Malaysia serta rantau ini."Kami mahu NOF12 menawarkan pengalaman yang segar, imersif dan mempunyai identiti Sunway Lagoon yang tersendiri kepada para pengunjung," katanya.8 tarikan buat jantung nak tercabut!Antara tarikan yang boleh diterokai ialah Yokai Road, yang diinspirasikan daripada cerita rakyat dan makhluk supernatural Jepun.Bagi yang ingin menguji keberanian, The Freezer: Fresh Meat pula membawa pengunjung masuk ke sebuah fasiliti pemprosesan daging yang cukup mengerikan.Peminat manga boleh mencuba Little Shop of Horrors: Manga UV 3D, yang menggabungkan elemen seram, estetika manga, kesan ultraviolet dan visual 3D.Kisah dongeng popular juga mendapat sentuhan seram menerusi The (Not-So) Wonderful Wizard of OZ, yang mengubah dunia fantasi Oz menjadi sesuatu yang jauh lebih gelap.Sementara itu, The Romeos & Juliet mengetengahkan kisah cinta yang bertukar menjadi obsesi, cemburu dan pembunuhan dengan latar berinspirasikan budaya K-pop.Uji keberanian anda di NOF12 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 25 September hingga 7 November ini.Bagi peminat filem seram pula, Horrorwood Wax Studios menggabungkan figura lilin, ikon seram dan suasana imersif yang pastinya membuatkan pengunjung tidak senang duduk. Return to Silent Hill turut kembali pada edisi kali ini, yang membawa pengunjung sekali lagi ke jalanan berhantu Silent Hill.Kisah seram tempatan dan Asia Tenggara tetap menjadi antara highlight NOF12 menerusi Scarytales Immersive Theatre: Pontianak vs. Pocong: Origins, yang mengangkat elemen mitos supernatural Malaysia dalam bentuk teater imersif.Bukan sekadar rumah hantuJika ada yang hanya berfikir mahu masuk ke rumah hantu dan menjerit, ternyata sangkaan itu meleset.Edisi kali ini turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif sepanjang malam, termasuk Opening Fright Weekend dari 25 hingga 27 September.Di Little Shop of Horrors, pengunjung boleh bergambar di booth bertemakan tarikan tersebut, berkongsi foto di media sosial dan berpeluang mendapatkan pek benih pokok Venus flytrap secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).ARTIKEL BERKAITAN: Lebih seram, menakutkan... Nights of Fright 11 kembali ‘menghantui’ hidup andaMereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 di premis makanan dan minuman atau runcit terpilih NOF pula boleh mendapatkan Mini Daruma menerusi aktiviti Wishes Upon A Daruma.Mystery Box Challenge pula memberi peluang kepada pengunjung meneka tarikan NOF12 berdasarkan isi kotak misteri sebelum menerima popcorn Mini Sunway Theme Parks Kedai Runcit secara percuma.Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman The Oracle Table untuk mendapatkan ramalan kad tarot secara percuma.Bagi yang 'gila' koleksi pula, jangan lepaskan peluang mengumpul Nights Of Fright Trading Card kerana 50 pengunjung pertama yang melengkapkan koleksi layak menerima hadiah misteri.Malam pembukaan turut dimeriahkan dengan persembahan DJ Reeve di Pentas Utama Sunway Lagoon dari pukul 11.15 malam hingga 11.45 malam.NOF12 menjanjikan pengalaman yang lebih menggerunkan, menyeramkan dan mendebarkan jantung pengunjung.Di sebalik segala jeritan dan kejutan yang menanti pengunjung, Night of Fright merupakan sentuhan kreatif hasil kerjasama Sunway Lagoon dan The Sudden Impact! Entertainment Company, yang sememangnya berpengalaman menghasilkan tarikan imersif di pelbagai negara.Pengasas dan Pengarah Kreatif Global The Sudden Impact! Entertainment Company, Lynton V. Harris menyifatkan APE-OCALYPSE sebagai kanvas kreatif baharu, dan pada masa sama barisan tarikan NOF12 mengetengahkan pelbagai genre seram dan budaya pop, diserikan dengan gaya visual serta pengaruh budaya yang berbeza."Gabungan kepakaran kreatif antarabangsa dengan pengaruh tempatan dan serantau inilah yang terus menjadikan Nights Of Fright satu pengalaman bertaraf dunia yang cukup unik menggabungkan ketakutan, keseronokan dan mimpi ngeri!" ujarnya. NOF12 menawarkan dua variasi tiket iaitu:RM138 – Satu tiket kemasukan + satu pek kerepek kentang percuma RM236 – Satu tiket kemasukan + Express Pass + satu pek kerepek kentang percuma Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi Sunway Super App, KLOOK atau laman rasmi Sunway Lagoon.Untuk maklumat lanjut, layari https://sunwaylagoon.com/nightsoffright12/ atau ikuti laman sosial rasmi Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan RedNote.