suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris ‘terlepas’ ke Korea Selatan gara-gara K-ETA... Suami dah monyok, mujur isteri tak putus asa - “Rasa macam menang cabutan bertuah!”

Pengembara disarankan supaya meneliti dan menyemak terlebih dahulu segala dokumen serta syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negara destinasi. - Gambar hiasan AI

PENGALAMAN melancong ke luar negara sepatutnya menjadi kenangan manis, namun bagi pasangan suami isteri ini, perjalanan ke Korea Selatan pada Jun lalu hampir bertukar menjadi pengalaman paling mendebarkan dalam hidup mereka.

Segalanya sudah dirancang rapi, daripada tiket penerbangan, tempahan penginapan, sewa kereta sehinggalah lokasi tarikan yang ingin dilawati.

Namun, hanya kerana satu salah faham mengenai keperluan Korea Electronic Travel Authorization (K-ETA), dia dan isteri hampir terpaksa melupakan percutian yang sudah lama dirancang.

"Nak kongsi sikit pengalaman kami, mana tahu boleh jadi pengajaran untuk yang pertama kali nak ke Korea.

"Hari tu kami naik Scoot transit Singapura. Dalam kepala saya, semua dah settle. Pasport ada, tiket ada, E-Arrival Card pun dah submit.

"Sampailah masa nak check-in, staf kaunter tanya, K-ETA mana? Dengan selamba saya jawab, kena apply juga ke?" tulis lelaki yang menggunakan akaun @isemisi di Threads.

Menurutnya, dia sebelum itu tersalah faham mengenai pengecualian K-ETA dan menyangka rakyat Malaysia turut termasuk dalam senarai negara dikecualikan.

Selain dokumen, penting untuk memeriksa bagasi dan barangan peribadi penting bagi memastikan perjalanan berjalan lancar serta mengelakkan sebarang masalah di lapangan terbang. -Gambar hiasan AI

Lebih mencemaskan apabila kakitangan kaunter memaklumkan mereka tidak boleh mendaftar masuk selagi tiada K-ETA yang diluluskan.

"Masa itu memang terus diam. Tak tahu nak cakap apa. Bila Google pula, ramai kata kelulusan K-ETA boleh ambil sehingga tiga hari. Dalam hati terus terdetik, habislah... tak jadi pergi Korea," kongsinya.

Ketika itu, fikirannya mula melayang kepada segala tempahan yang berkemungkinan 'hangus' sekiranya mereka gagal berlepas.

“Dalam kepala dah mula kira satu-satu, tiket penerbangan burn, hotel di Busan burn, hotel di Jeju burn, tiket KTX dari Seoul ke Busan burn, sewa kereta di Jeju pun burn.

"Pendek kata, semua yang dah dirancang macam nak lebur depan mata. Dah monyok duduk tepi. Tapi isteri saya lain, dia tak nak mengalah. Dia kata, kita cuba dulu, mana tahu lepas," ceritanya.

Tidak mahu berputus asa, isterinya terus mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk permohonan K-ETA menggunakan telefon bimbit.

"Jam masa tu lebih kurang 7.00 malam. Gate pula tutup 9.45 malam. Setiap kali buka emel, hampa. Refresh lagi, tak ada. Sampailah lebih kurang 9.30 malam, tinggg... emel kelulusan K-ETA masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kastam Indonesia makin ’strict’, lelaki berpeluh bagasi digeledah 20 minit! Ubat gigi kena picit, paket kopi 3 in 1 pun dibuka

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cerita pengalaman dipintas ke ‘red line’ kastam Indonesia... Rupanya gerak-geri dipantau sebaik turun pesawat!

"Ya Allah... masa tu rasa macam menang cabutan bertuah!" ujarnya. 

Mendapat kelulusan pada saat-saat akhir, pasangan itu tidak membuang masa dan terus kembali ke kaunter daftar masuk bagi menyelesaikan urusan penerbangan.

"Sampai gate memang tercungap-cungap, tapi yang penting... sempat!" akhirinya.

Untuk makluman, berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman VisaNews, terdapat sejumlah negara yang layak melakukan perjalanan ke Korea Selatan tanpa K-ETA, sehingga Disember 2026. 

Bagi kategori Asia, negara dan wilayah yang disenaraikan termasuk Brunei, Hong Kong, Jepun, Macau, Singapura dan Taiwan.

Malaysia bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai pengecualian tersebut.

Justeru, pelancong dari Malaysia yang merancang untuk ke Korea Selatan dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu syarat kemasukan terkini dan memastikan segala dokumen perjalanan diperlukan telah disediakan sebelum menuju ke lapangan terbang.

Artikel Lain