suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dapat notifikasi penerbangan dibatalkan... Jangan gelabah, ini cara nak selamatkan percutian anda daripada rugi beribu

Elakkan daripada panik selepas mengetahui penerbangan dibatalkan. -Gambar hiasan AI

RANCANGAN percutian yang sudah disusun rapi boleh bertukar menjadi episod cemas dalam sekelip mata sebaik sahaja menerima notifikasi penerbangan dibatalkan.

Situasi pasti menjadi lebih memeningkan apabila hotel sudah ditempah, bagasi siap didaftarkan dan ada pula penerbangan sambungan yang sedang menanti di destinasi seterusnya.

Namun, penerbangan yang dibatalkan itu tidak bermakna keseluruhan trip atau perjalanan anda perlu ditangguhkan.

Apa yang penting, jangan terus panik dan buat keputusan terburu-buru. 

Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan sekiranya berdepan situasi berkenaan sebagaimana dibuat individu bernama Hidayah yang kerap berkongsi tip melancong di Threads.

1. Semak punca penerbangan dibatalkan

Periksa e-mel, SMS atau aplikasi syarikat penerbangan untuk mengetahui punca pembatalan serta pilihan yang diberikan.

Jika pembatalan dibuat oleh pihak syarikat penerbangan, semak sama ada penumpang layak mendapatkan penerbangan gantian, penjadualan semula atau bayaran balik.

2. Cari penerbangan alternatif

Jangan hanya menunggu pihak khidmat pelanggan memberikan penyelesaian.

Semak sendiri laman web atau aplikasi syarikat penerbangan lain, termasuk penerbangan dari lapangan terbang berdekatan sekiranya ada pilihan yang sesuai.

Dalam keadaan tertentu, tindakan pantas boleh membantu mendapatkan penerbangan alternatif.

Cari alternatif lain sekiranya penerbangan anda dibatalkan pihak syarikat. -Gambar hiasan

3. Jangan terburu-buru membeli tiket baharu

Sebelum mengeluarkan wang untuk tiket baharu, semak terlebih dahulu polisi syarikat penerbangan asal.

Simpan semua e-mel, tangkap layar, resit dan bukti berkaitan untuk rujukan masa akan datang.

4. Semak semua tempahan yang terjejas

Pembatalan satu penerbangan boleh memberi kesan kepada keseluruhan jadual perjalanan.

Jika mempunyai penerbangan sambungan, pengangkutan lapangan terbang, tempahan hotel atau tiket kereta api selepas itu, semak semuanya dan buat perubahan yang diperlukan.

5. Maklumkan kepada pihak hotel secepat mungkin

Jika pembatalan menyebabkan ketibaan lewat atau terpaksa menukar tarikh perjalanan, hubungi pihak hotel dengan segera.

Jangan tunggu sehingga waktu daftar masuk atau tengah malam untuk memaklumkan perubahan tersebut.

Semak juga terma pembatalan dan perubahan tempahan bagi mengetahui pilihan yang tersedia oleh syarikat hotel berkenaan.

6. Semak perlindungan insurans perjalanan

Semak polisi travel insurance untuk mengetahui perlindungan berkaitan pembatalan atau kelewatan penerbangan, penerbangan sambungan yang terlepas serta kos penginapan tambahan.

Simpan semua dokumen dan resit perbelanjaan yang berkaitan kerana ia mungkin diperlukan ketika membuat tuntutan.

Artikel Lain