PENINGKATAN aliran 'klik dan tanda suka' selepas menyertai Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) 2026 dilihat sebagai petanda baik.Pengurus Produk MalaysiaTravel.com Yee Harng berkata, pihaknya berharap perkara tersebut dapat diterjemahkan kepada tempahan pelanggan serta pendapatan untuk pengusaha tempatan. "Harapan saya adalah supaya kita bukan sahaja memberi tumpuan untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia tetapi memastikan mereka tinggal lebih lama, meneroka lebih banyak pengalaman dan berbelanja lebih banyak dengan perniagaan tempatan," katanya.Yee turut mencadangkan penggunaan data lebih baik untuk memahami perkara diinginkan pelancong dan kemudian menghubungkan permintaan tersebut dengan pengalaman tempatan sesuai.Pengurus Trip.com iaitu Darren Khaw pula berharap dapat meningkatkan profil platform berkenaan dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka Sabah dan negeri lain.Apatah lagi kata Darren, momentum pelancongan domestik ketika ini sedang meningkat di tengah-tengah cabaran ekonomi dan sosial global.“Kami mempunyai permintaan yang stabil dan melihat lebih banyak potensi dalam pasaran domestik, jadi acara seperti Star Karnival ini merupakan platform tepat untuk mempromosikan pelancongan.“Walaupun tambang penerbangan meningkat, kami masih melihat permintaan yang stabil terhadap perjalanan ke destinasi di Asia Tenggara,” katanya.Sementara itu, eksekutif operasi Fastrack Car Rental and Holidays Sdn Bhd, Ashely Thong Lee Phing berharap karnical ini dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Sabah dan seterusnya lebih banyak pendapatan untuk perniagaan penyewaan kereta itu di tengah-tengah cabaran ekonomi global.“Kami tahu terdapat cabaran, terutama dengan peningkatan harga bahan api global, jadi pelancong dari dalam dan luar negara mungkin mempunyai keraguan untuk melancong dan berbelanja lebih banyak.“Namun, kami berharap produk pelancongan menarik yang kami tawarkan dapat menarik mereka kembali,” ujarnya.Suriati Osman dari RV Motorhome berkata dia optimistik untuk menceburi pasaran Sabah, melihat terdapat banyak kawasan pelancongan belum diterokai yang boleh mereka terokai, menjalinkan hubungan dengan pengusaha tempatan dan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara diminati oleh penduduk tempatan.Dia berkata ketika ini, makanan dan tarikan lain bukanlah isu menjejaskan pelancongan, tetapi peningkatan kos perjalanan seperti tiket penerbangan perlu ditangani dengan segera bagi memastikan sektor ini terus berkembang.Foong Hin (kiri) menggesa pengunjung untuk terus meneroka apa yang ditawarkan Sabah, manakala Wizani berkata karnival sebelum ini yang dianjurkan bersama SMG menerima maklum balas positif dan mencatat jualan yang menggalakkan.Sementara itu, seorang penduduk Pulau Pinang, Arasu Kasinathan, yang mendaftar untuk pelayaran sungai Kinabatangan dan Sukau, berkata dia datang ke pusat beli-belah itu untuk urusan lain tetapi akhirnya menempah pakej pelancongan.“Ini pembelian secara kebetulan, tetapi saya percaya sesetengah perkara memang sudah ditakdirkan.“Ini karnival yang hebat dan seorang wanita yang hebat memperkenalkan saya kepada pelayaran sungai ini,” katanya.Jaime Sharon dari Borneo Tours and Travel menggalakkan penduduk Sabah meneroka negeri sendiri dan mengundang pelawat untuk menikmati keajaiban Sabah.Karnival selama tiga hari itu menampilkan 41 reruai yang terdiri daripada tawaran tarikan tempatan serta promosi hotel dan resort.Acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu menggesa pengunjung untuk terus meneroka apa ditawarkan oleh negeri itu sambil mengingatkan agensi kerajaan dan sektor swasta supaya memainkan peranan mereka dalam menjadikan sektor pelancongan berkembang.Foong Hin (tengah), Seng Fatt (ketiga dari kanan) dan Wizani (kelima dari kanan) bersama tetamu lain ketika SKCCM 2026 di Kota Kinabalu.“Dalam konteks Sabah, kita mahu penduduk tempatan meneroka dan menghargai khazanah alam kita, daripada pantai dan pulau indah di Kota Kinabalu, Kundasang, Semporna, hinggalah kepada kekayaan ekopelancongan, budaya dan komuniti di seluruh negeri.“Pada masa sama, kita mahu lebih ramai rakyat Malaysia dari negeri lain menjadikan Sabah sebagai salah satu pilihan utama mereka untuk pelancongan domestik,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group (SMG), Chan Seng Fatt, yang menghadiri acara tersebut, berkata dia berharap karnival itu dapat menjana hasil dan maklum balas yang diingini daripada peserta dan pelanggan.“Dengan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, saya optimistik untuk melihat industri pelancongan kita berkembang dan industri kita turut berkembang,” tambahnya.Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Wizani Rosmin, yang hadir, berkata dia optimistik untuk melihat hasil yang lebih baik kali ini.Dia menambah bahawa karnival sebelum ini yang dianjurkan bersama SMG telah menunjukkan maklum balas positif dengan jualan yang menggalakkan berjaya dijana.“Ini merupakan platform yang baik untuk industri, pengusaha hotel, agensi pelancongan, pemilik produk dan pengusaha pelancongan berasaskan komuniti memberikan diskaun, promosi dan nilai tambah secara terus kepada pengguna.“Jadi, ini merupakan usaha yang baik untuk pelancongan domestik; walaupun ketika krisis (minyak), kita masih boleh mencapai hasil yang lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya.Karnival bertemakan “Explore, Experience, Excite” itu dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung di seluruh negara.Persinggahan seterusnya adalah di Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang dari 24 hingga 27 September; Sunway Pyramid (Zon Jingga), Petaling Jaya, Selangor dari 23 hingga 25 Oktober; dan Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak dari 30 Oktober hingga 1 November.Untuk maklumat lanjut, layari events.thestar.com.my/skccm/.