BAGI mana-mana penumpang yang baru mendarat, pastinya mahu mengambil bagasi dan terus keluar dari lapangan terbang, lebih-lebih lagi jika pengangkutan seterusnya sudah ditempah lebih awal.Namun, lain pula pengalaman seorang lelaki ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Terminal 3 apabila bagasinya digeledah oleh pihak kastam Indonesia. Menerusi perkongsian di media sosial, dia berkata itu merupakan kali pertama bagasinya diperiksa sedemikian rupa dan tidak menyangka pemeriksaan tersebut mengambil masa hampir 20 minit.Boleh dikatakan hampir setiap bahagian bagasi diperiksa satu persatu termasuk supplements dan ubat-ubatan yang dibawanya."Selama enam kali saya masuk CGK, saya memang bernasib baik tak pernah kena. Tapi kali ini habis segala pelusuk bagasi dia periksa satu per satu. Semua supplements dan ubat pun dia keluarkan dan tanya untuk apa."Mujurlah saya masih ingat fungsi setiap satu. Kalau tak, memang terkebil-kebil nak terangkan. Ubat gigi, pencuci muka dan sunscreen pun semua kena picit-picit nak check apa ada dekat dalam," ceritanya di Threads.Pemeriksaan oleh pihak kastam itu mengambil masa 20 minit sehingga membuatkan dia sedikit kelam-kabut kerana sudah menempah e-hailing sebaik sahaja mengambil bagasi.Selain ubat-ubatan dan barangan penjagaan diri, terdapat juga beberapa barangan lain dalam bagasinya yang turut diperiksa pihak kastam."Dalam luggage ada terbawasachet minuman 3 in 1 yang saya beli dekat kedai serbaneka. Dalam tu ada tiga sachet, dua dah guna masa dekat China jadi ada baki satu je lagi."Memang ada dalam poket bagasi tu. Tu pun kastam persolan kenapa bawa satu je. Kemudian dia belek takut dalam tu ada benda lain," imbasnya lagi mengenai kejadian berkenaan.Menariknya, kira-kira tiga minggu sebelum itu dia memasuki Labuan Bajo dengan membawa makanan tambahan dan ubat yang sama, namun tidak berdepan pemeriksaan sedemikian.Justeru, lelaki itu menganggap mungkin kali ini sahaja dia kurang bernasib baik.Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian seorang warga Indonesia yang berkongsi bahawa pemeriksaan ketat oleh pihak kastam bukan perkara baharu di negara berkenaan."Sebenarnya sebelum ini pun orang Indonesia sering kena, terutama kalau nampak balik dari luar negara dengan membawa banyak barang. "Semua akan diimbas satu persatu dan kalau ada yang mencurigakan, memang akan ditanya termasuk diminta bukti bila barang itu dibeli. "Sebab itu orang Indonesia pun sering bergaduh dengan pihak kastam sendiri, lebih-lebih lagi sejak pemeriksaan semakin ketat. Nampaknya semakin ketat untuk barang keluar masuk negara," jelasnya.