suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Destinasi indah, harga rahmah... Rebut pakej pelancongan eksklusif di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Paradigm Mall Johor

Pelbagai pakej pelancongan dan promosi menarik untuk seisi keluarga ditawarkan sepanjang SKCCM berlangsung. 

STAR Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Edisi Johor bakal ‘menggegarkan’ Paradigm Mall Johor Bahru, Johor dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini dengan pelbagai tawaran pelancongan menarik, promosi eksklusif dan hadiah lumayan buat pengunjung.

Mengangkat tema Destinasi Indah, Harga Rahmah, karnival edisi kali ini menghimpunkan hampir 40 pempamer daripada industri pelancongan dan hospitaliti.

Dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group Berhad, SKCCM membawa tema Explore. Experience. Excite. bagi mendekatkan pengalaman pelancongan kepada orang ramai serta menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pelbagai produk, perkhidmatan dan destinasi pelancongan dihimpunkan di bawah satu bumbung, sekali gus menjadikan karnival ini sebagai hab pelancongan sehenti yang memudahkan orang ramai merancang percutian pada harga lebih berbaloi.

Sama ada merancang percutian bersama keluarga, percutian hujung minggu atau sekadar mencari inspirasi destinasi baharu, SKCCM Johor menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi secara terus dengan ejen atau pengendali pelancongan.

Melalui cara ini, pengunjung berpeluang untuk membandingkan pelbagai tawaran serta meneroka pengalaman menarik dari seluruh Malaysia sebelum membuat pilihan mengikut bajet dan cita rasa masing-masing.

Bukan itu sahaja, pelbagai promosi hotel dan resort turut ditawarkan termasuk kadar bilik istimewa, pakej staycation dan penginapan mesra keluarga.

Visitors looking for the best travel deals at the Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia, happening at Paradigm Mall Convention Centre in Johor Baru from Nov 7 until Nov 9. — THOMAS YONG/The Star

Pengunjung berpeluang memilih pelbagai pakej pelancongan untuk seisi keluarga pada harga istimewa sepanjang SKCCM Johor berlangsung. 

Tempahan yang dibuat terus dengan ejen pelancongan dan pengusaha penginapan di SKCCM membolehkan pengunjung menikmati penjimatan lebih berbanding harga biasa menerusi tawaran eksklusif yang tidak boleh didapati di tempat lain.

Sebagai negeri tuan rumah, Johor turut mengetengahkan pelbagai destinasi menarik untuk diterokai dengan membawa portfolio pelancongan tempatan terus ke ribuan mata orang ramai.

Daripada keindahan Masjid Negeri Sultan Abu Bakar dan Istana Besar Johor hinggalah Air Terjun Kota Tinggi serta Gunung Ledang, semuanya menjadi antara tarikan yang boleh dimasukkan dalam senarai percutian akan datang.

Malah, mereka yang mengimpikan percutian lebih mencabar atau santai turut boleh mendapatkan pelbagai promosi bagi pakej pelayaran, percutian pulau, pakej lawatan berpandu, program pendidikan dan pakej pelancongan khas ditawarkan sepanjang karnival. 

Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai destinasi unik dan lokasi menarik yang masih kurang diterokai atau hidden gem di seluruh Malaysia untuk dijadikan pilihan percutian akan datang.

Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia at Gurney Paragon Mall. (October 31, 2025) — ZHAFARAN NASIB/The Star.Pelbagai produk tempatan seperti kraftangan, cenderamata dan makanan tradisional turut dijual di SKCCM Johor sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. 

Pengunjung yang gemarkan aktiviti bersama keluarga pula boleh mendapatkan tawaran eksklusif daripada tarikan popular seperti Legoland Malaysia Resort, Snow World Genting, Camp5 Indoor Climbing Gym dan Canopy Villa.

Pakej keluarga, promosi kombo dan tawaran bermusim yang disediakan membolehkan pengunjung menikmati lebih banyak penjimatan.

Turut mengambil bahagian ialah pempamer yang menawarkan pakej ke Sabah dan Sarawak.

Bagi mereka yang ingin meneroka keindahan Borneo, pelbagai pengalaman menanti termasuk pendakian Gunung Kinabalu, aktiviti menyelam di pulau-pulau Sabah, Taman Negara Niah di Sarawak serta pengalaman budaya, makanan dan festival tempatan menjadikan kedua-dua negeri itu antara permata pelancongan negara.

SKCCM turut meraikan kepelbagaian budaya negara menerusi variasi produk tempatan yang ditawarkan sepanjang karnival.

Pengunjung boleh membeli makanan tempatan, kraftangan, cenderamata dan produk pelancongan eksklusif sebagai kenangan atau buah tangan.

Selain promosi pelancongan, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah bernilai ribuan ringgit sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Crowd visiting booth during the last day of the Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia at Gurney Paragon Mall. (November 2, 2025) — ZHAFARAN NASIB/The Star.Daripada percutian santai hingga pengembaraan, pelbagai pakej pelancongan disediakan mengikut cita rasa dan kemahuan ditawarkan di SKCCM. 

Antaranya tiket penerbangan Batik Air selaku rakan syarikat penerbangan rasmi SKCCM 2026, baucar penginapan hotel, pas masuk tarikan pelancongan, pakej percutian serta pelbagai hadiah lain menerusi cabutan bertuah, pertandingan pentas dan aktiviti interaktif.

Penyertaan kukuh pemain industri pelancongan pada edisi Johor membuktikan keyakinan berterusan terhadap sektor pelancongan domestik.

Pada masa sama, SKCCM menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka destinasi menarik di seluruh negara sambil menyokong pertumbuhan industri pelancongan tempatan.

Orang ramai termasuk pengunjung dari Singapura yang berada di Johor Bahru turut dialu-alukan mengunjungi SKCCM Johor untuk meneroka kepelbagaian produk pelancongan Malaysia, menikmati promosi eksklusif bagi destinasi tempatan, hotel, tarikan pelancongan dan pelbagai pengalaman percutian ditawarkan sepanjang karnival.

Kemasukan adalah percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan SKCCM Johor dan mula merancang percutian impian anda pada harga lebih berbaloi!

Artikel Lain