MEMBERIKAN nama yang sedap didengar dan mempunyai maksud baik menjadi antara keutamaan kebanyakan ibu bapa ketika menyambut kelahiran cahaya mata.Maka tidak hairanlah apabila ada meletakkan nama panjang dan unik kerana terjemahannya membawa maksud yang baik. Namun, siapa sangka pemilihan nama sedemikian boleh menjadi punca seseorang berdepan detik mencemaskan ketika berada di lapangan terbang seperti pengalaman seorang pengguna Threads ini.Berkongsi cerita, pemilik akaun @phatinima berkata, nama yang panjang menyebabkan dia hampir terkandas ketika melakukan perjalanan ke luar negara bersama keluarga.Turut menyifatkan peristiwa itu sebagai titik terendah ketika melancong, ujar wanita ini, namanya dipanggil selepas dia sudah memasuki pesawat dan duduk di tempat ditetapkan.Perjalanan bersama keluarga pasti menyeronokkan. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba grounding staff masuk dalam pesawat dan cari aku serta assist untuk keluar."Sumpah rasa macam orang tengok kau manusia yang wanted atau sangkut tak bayar (cukai) LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)."Tapi sebenarnya sebab nama terlalu panjang dan tak sepadan dengan sistem di negara ketibaan," ujarnya mengimbau momen yang berlaku itu.Akibat masalah itu, dia tidak dibenarkan menaiki pesawat berkenaan sebelum tiketnya dijadualkan semula ke penerbangan seterusnya selepas isu tersebut diselesaikan.Walau bagaimanapun, dia menzahirkan rasa syukur kerana pihak syarikat penerbangan menanggung kos penjadualan semula penerbangannya tanpa sebarang caj tambahan.Peristiwa itu juga dianggap pengalaman lucu kerana ibunya memaparkan aksi terkejut walhal dialah individu bertanggungjawab memberi nama yang mempunyai 34 huruf.