suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar makan buah! Selangor Fruit Valley bakal ada kafe vanila, siap boleh ‘healing’ glamping dalam dusun

Mohamad Khairil (tengah) beramah mesra bersama pengamal media di medan selera Rumah Kampung.

MELUANGKAN masa bersama keluarga di destinasi berkonsepkan alam semula jadi semakin menjadi pilihan ramai, terutama pada hujung minggu atau musim cuti sekolah.

Apa yang menarik, anda bukan sahaja dapat berehat daripada kesibukan kota, malah boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik sekali gus membina pengalaman baharu.

Seiring perkembangan masa kini, Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya tampil dengan beberapa tarikan baharu termasuk Kafe Vanila, glamping dan Taman Buah Nadir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, pembangunan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha membawa SFV ke fasa baharu.

Aktiviti memetik buah jambu turut diadakan sebagai salah satu pengisian program dan memberi pendedahan langsung kepada rakan-rakan media.

Aktiviti memetik buah jambu turut diadakan sebagai salah satu pengisian program dan memberi pendedahan langsung kepada rakan-rakan media.

Ia sekali gus menjadikan destinasi di bawah pengurusan PKPS itu tidak lagi hanya menjadi lokasi untuk menikmati suasana dusun dan hasil pertanian.

Sebaliknya, menawarkan pengalaman lebih menyeluruh dengan menggabungkan elemen alam semula jadi, rekreasi dan pendidikan bagi memenuhi kehendak pengunjung masa kini.

Dijangka mula beroperasi pada Oktober hadapan, kafe berkenaan menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana kebun dengan pilihan makanan, minuman serta produk hiliran berasaskan vanila.

Antara sajian yang bakal ditawarkan termasuk croffle vanila, vanila latte dan aiskrim vanila.

Bagi pengunjung yang mahu menikmati suasana ladang dengan lebih dekat, SFV turut membangunkan kemudahan glamping berkonsepkan khemah moden di tengah-tengah kawasan menghijau.

Kemudahan tersebut dijangka menjadi pilihan keluarga, kumpulan rakan dan pengunjung yang mahu bermalam dalam suasana alam semula jadi dengan lebih santai.

Aktiviti air di Jeti Keranji turut menjadi perhatian rakan-rakan media yang hadir.

Aktiviti air di Jeti Keranji turut menjadi perhatian rakan-rakan media yang hadir.

Dalam pada itu, pembangunan Taman Buah Nadir pula dilaksanakan sebagai usaha memulihara spesies buah-buahan tempatan yang semakin sukar ditemui.

Selain memelihara khazanah biodiversiti negara, taman berkenaan akan berfungsi sebagai ruang pembelajaran kepada pengunjung, khususnya generasi muda.

Antara tanaman yang diperkenalkan termasuk belimbing buluh, beruas, kandis burung, jentik-jentik, mentega, petai, gajus dan tampoi.

Tidak terhenti di situ, pihak pengurusan SFV turut merancang pembangunan Taman Haiwan Berpusat dan Laman Kuda bagi melengkapkan pengalaman agropelancongan di destinasi berkenaan.

Pada 2025, SFV merekodkan kira-kira 100,000 pengunjung dan menyasarkan kehadiran seramai 150,000 orang sepanjang 2026 susulan penambahan produk serta pengalaman baharu tersebut.

Artikel Lain