suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tetamu tempatan memang padu! Kajian dapati orang Malaysia tak memandai-mandai buat ‘kendurian’ dalam ‘homestay’

Segelintir pelancong menikmati durian di kawasan terbuka bagi mengelakkan bau buah tersebut mengganggu tetamu lain. -Gambar hiasan AI

PERCUTIAN keluarga ketika musim durian membuatkan ramai yang mengambil peluang membeli raja buah itu untuk dinikmati bersama.

Namun timbul persoalan, bolehkah durian dibawa masuk ke dalam homestay memandangkan baunya yang kuat pasti akan mengganggu tetamu lain.

Lebih membimbangkan sekiranya penginapan tersebut berkongsi ruang dengan penghuni yang lain, sekali gus mendatangkan rasa jengkel apabila bau durian menyelubungi segenap ruang.

Menyedari perkara tersebut boleh mengundang perbalahan awam, YouGov menjalankan satu kajian bagi pihak Airbnb berhubung tahap kepekaan rakyat Malaysia mengenai 'common sense' mereka dalam isu bau durian dan adab.

Menariknya, berdasarkan respons yang diterima, kebanyakan rakyat Malaysia cukup peka mengenai perkara itu apabila lapan daripada 10 responden memilih untuk meminta kebenaran hos terlebih dahulu.

"Malah ada yang memilih untuk menikmati durian di luar mahupun kawasan parkir atau memilih untuk tidak membawanya ke dalam homestay bagi mengelakkan gangguan kepada penghuni lain.

"Rakyat Malaysia tidak memerlukan peraturan bagi setiap situasi kerana mereka sudah memahami adab yang sesuai mengikut keadaan," jelasnya.

Bau durian membuatkan raja buah itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam unit homestay. -Gambar hiasan AI

Bau durian membuatkan raja buah itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam unit homestay. -Gambar hiasan AI

Malah menerusi kajian yang sama melibatkan 1,000 rakyat Malaysia yang pernah menginap di homestay dalam tempoh setahun lalu, sebanyak 85 peratus menganggap menjadi tetamu yang menghormati orang lain sebagai sesuatu yang sangat penting.

Manakala sembilan daripada 10 responden menyifatkan diri mereka sebagai tetamu yang baik atau cemerlang.

"Apa yang membezakan rakyat Malaysia bukan sekadar sikap mereka, tetapi sebab di sebaliknya. 

"Sebanyak 61 peratus menyatakan tingkah laku tersebut didorong oleh akal fikiran atau 'common sense', 60 peratus kerana menghormati hos, manakala 59 peratus lagi kerana nilai peribadi masing-masing," jelasnya lagi.

Hasil kajian tersebut turut mendapati, kebanyakan responden melihat sikap bertimbang rasa sebagai lanjutan daripada nilai masyarakat Malaysia yang mementingkan hormat dan pertimbangan terhadap orang lain. 

"Sebanyak 82 peratus mengakui mereka akan berasa bersalah jika tindakan mereka mengganggu jiran sepanjang menginap, manakala empat daripada lima responden merasakan mereka mempunyai tanggungjawab terhadap komuniti setempat," tambahnya.

Panduan Good Guest Guide diperkenalkan

Sementara itu, Ketua Negara Airbnb bagi Asia Tenggara dan India, Amanpreet Bajaj berkata, pengalaman melancong yang bermakna berlaku apabila tetamu bukan sahaja menghargai destinasi, tetapi juga menghormati masyarakat setempat.

Susulan itu katanya, Airbnb akan terus memupuk budaya perjalanan yang bertanggungjawab dengan membantu tetamu memahami adat tempatan, jangkaan komuniti dan cara menjadi tetamu yang berhemah.

Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, Airbnb turut memperkenalkan Good Guest Guide, iaitu panduan praktikal untuk membantu pelancong menikmati percutian di Malaysia sambil menghormati hos dan jiran.

Panduan itu akan mula dipaparkan oleh hos pada penyenaraian mereka dan dihantar kepada tetamu kali pertama yang membuat tempahan di Malaysia bermula Ogos 2026.

Artikel Lain