Rakyat Malaysia yang melancong di luar negara perlu isytihar barangan yang dibawa masuk. -Gambar hiasan AI
RAMAI beranggapan tiada salahnya membeli pelbagai barangan ketika bercuti di luar negara, lebih-lebih lagi apabila harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.Namun, seorang wanita berkongsi pengalaman yang tidak dijangka apabila enam kotak minyak wangi yang dibelinya di Batam, Indonesia hampir dirampas sebaik tiba di pintu masuk negara. Menurut wanita itu, dia terpaksa membuka bagasi di hadapan orang ramai selepas ditahan oleh pihak berkuasa untuk pemeriksaan.Pemeriksaan kastam adalah prosedur biasa di pintu sempadan. -Gambar hiasan AI"Pertama kali saya kena tahan dan terpaksa buka bagasi di depan orang ramai. Masa dengar barang nak kena rampas tu, rasa nak menangis dibuatnya."Dah la saya beli minyak wangi itu dengan harga beratus-ratus ringgit. Saya memang tak sangka langsung," katanya di Thread.Malah, dia turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika bercadang membeli minyak wangi dalam kuantiti yang banyak ketika berada di luar negara.Wanita itu menjelaskan, pegawai bertugas memaklumkan minyak wanginya tidak perlu dirampas sekiranya dia bersetuju membayar cukai sebanyak 10 peratus daripada anggaran nilai barangan tersebut.Disebabkan tidak dapat menunjukkan resit pembelian dan sudah terlupa harga sebenar setiap kotak dalam nilai Ringgit Malaysia, pegawai menganggarkan setiap kotak minyak wangi bernilai RM50."Bagi mengelakkan minyak wangi itu dirampas, pegawai meminta saya membayar cukai 10 peratus daripada anggaran nilai barangan."Disebabkan resit gagal ditemui dan saya pula sudah lupa harga setiap kotak dalam nilai mata wang Malaysia, mereka menganggarkan harganya RM50 sekotak."Jadi, saya perlu membayar RM30 untuk keenam-enam kotak minyak wangi tersebut. Saya fikir tidak mengapalah bayar sahaja, daripada putih mata barangan itu dirampas," katanya lagi yang reda dengan ujian tersebut.Tip untuk elak barangan ditahan pihak kastam ketika pulang dari luar negara:1. Simpan semua resit pembelian- Resit ialah bukti harga sebenar barangan. - Jika tiada resit, pegawai kastam boleh membuat anggaran nilai sendiri yang mungkin lebih tinggi.2. Elakkan membeli dalam kuantiti terlalu banyak- Membawa banyak kotak minyak wangi boleh menimbulkan syak wasangka bahawa barangan itu untuk dijual semula, bukan kegunaan peribadi.3. Semak had dan peraturan kastam Malaysia- Sebelum berlepas, semak barangan yang dibenarkan, had kuantiti serta kadar cukai yang mungkin dikenakan.4. Letakkan minyak wangi dalam bagasi daftar masuk- Minyak wangi mengandungi cecair dan bahan mudah terbakar. - Pastikan ia dibungkus dengan baik dan diletakkan dalam checked-in luggage, bukan melebihi had cecair dalam bagasi kabin.5. Isytihar barangan jika nilainya tinggi- Jika jumlah pembelian agak besar, lebih baik membuat pengisytiharan secara jujur di kaunter kastam bagi mengelakkan risiko dirampas atau dikenakan tindakan.6. Asingkan barangan untuk kegunaan peribadi- Buka satu atau dua kotak untuk menunjukkan ia digunakan sendiri, bukan stok jualan.