RAMAI beranggapan menunggang motosikal ke Thailand tidak mempunyai banyak syarat selain hanya perlu membawa pasport dan geran kenderaan.Namun seorang individu dikenali sebagai Mat Din Travel menjelaskan ramai terlepas pandang mengenai satu dokumen penting yang perlu diisi iaitu Borang TM2. "Ramai ingat kalau nak masuk Thailand naik motosikal, pasport dengan geran motosikal sahaja sudah cukup. Aku pun fikir macam itu juga."Sekali sampai dekat sempadan baru tahu ada satu benda yang ramai tak tahu iaitu borang TM2," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].Mat Din berkata, beberapa dokumen wajib perlu disediakan sebelum bertolak termasuklah pasport, lesen memandu motosikal, geran asal kenderaan, insurans, Borang TM2 serta pendaftaran Thailand Digital Arrival Card (TDAC).Bagi memudahkan urusan, dia menggunakan perkhidmatan gothai.my untuk mendapatkan insurans dan bantuan mengisi Borang TM2."Aku masuk (Thailand) ikut Bukit Kayu Hitam dan terus pergi ambil insurans serta TM2. Mereka yang uruskan pengisian borang itu, jadi kerja aku lebih mudah," ujarnya.Mat Din berkongsi pengalaman kaedah memasuki Thailand menggunakan motosikal di TikTok.Menurutnya, proses di sempadan sebenarnya tidak rumit sekiranya semua dokumen telah disediakan lebih awal.Pengembara itu menjelaskan penunggang perlu melalui pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia terlebih dahulu sebelum memasuki bahagian Thailand.Di kaunter Thailand pula, pegawai akan meminta beberapa dokumen penting termasuk pasport, geran motosikal, TDAC dan TM2."Momen paling best sebab dapat masuk negara lain dengan motosikal sendiri. Proses pun senang kalau kita dah bersedia awal," katanya.Dalam pada itu, Mat Din turut berkongsi tip kepada penunggang yang memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam supaya membeli kad SIM tempatan dan menukar wang di kawasan Danok.Bagaimanapun, dia mengakui tidak perlu menukar wang dalam jumlah yang banyak kerana kebanyakan urusan pembayaran di Hat Yai dan Songkhla kini boleh dilakukan menggunakan kod QR."Saya tukar RM100 sahaja sebab di Hat Yai dan Songkhla banyak tempat dah terima pembayaran QR," katanya.Apa itu TDAC?- TDAC (Thailand Digital Arrival Card) ialah kad ketibaan digital yang perlu diisi secara dalam talian sebelum memasuki Thailand.- Ia menggantikan borang ketibaan secara manual yang sebelum ini diisi oleh pelancong.- Maklumat yang diperlukan termasuk butiran pasport, penginapan dan tujuan lawatan.- Bukti pendaftaran TDAC perlu ditunjukkan ketika proses imigresen Thailand.Apa itu TM2?- TM2 ialah borang pengisytiharan kenderaan yang digunakan bagi membawa masuk kenderaan asing ke Thailand.- Dokumen ini mengandungi maklumat pemilik dan kenderaan yang dibawa masuk.- Ia perlu disertakan bersama geran asal kenderaan semasa urusan di sempadan.- Borang ini penting bagi merekodkan kemasukan dan pengeluaran kenderaan dari Thailand.