SUDAH menjadi kebiasaan bagi jemaah umrah untuk berdepan masalah kesihatan seperti demam, batuk, selesema dan kulit kering akibat perubahan cuaca serta keadaan persekitaran di Arab Saudi.Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, Dayang Hidayah, persediaan rapi sebelum berangkat serta penjagaan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci boleh membantu jemaah menjalani ibadah dengan lebih selesa. Katanya, antara kesilapan yang sering dilakukan ialah mengambil minuman atau makanan sejuk sejurus tiba di Arab Saudi."Jangan terus mengambil aiskrim atau minuman sejuk sebaik sahaja sampai. Beri masa dua hingga tiga hari untuk badan menyesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza," katanya.Dia turut menekankan kepentingan minum air secukupnya kerana cuaca di Arab Saudi sangat kering dan boleh menyebabkan dehidrasi walaupun seseorang tidak berpeluh dengan banyak.Jemaah umrah digalak banyak minum air bagi mengelak dehidrasi. -Gambar hiasan Selain itu, jemaah disarankan menukar pakaian sebaik pulang ke hotel kerana pakaian yang dipakai di luar terdedah kepada debu serta risiko jangkitan daripada orang ramai.Menurut Dayang Hidayah lag, tindakan awal perlu diambil sekiranya mula mengalami ketidakselesaan pada tekak."Apabila tekak mula terasa tidak sedap, segera pakai pelitup muka, minum banyak air dan gunakan semburan atau gula-gula pelega tekak. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk," ujarnya.Dayang Hidayah juga mengesyorkan jemaah membawa pek penyejuk badan atau cool fever sebagai langkah persediaan sekiranya mengalami demam atau rasa tidak sihat sepanjang berada di sana.Dalam pada itu, penjagaan kulit juga tidak boleh dipandang ringan kerana cuaca kering di Makkah dan Madinah boleh menyebabkan kulit serta bibir cepat merekah.Justeru, penggunaan losen pelembap, pelembap bibir, pelembap muka dan pelindung matahari amat digalakkan, terutama bagi mereka yang banyak berjalan dan terdedah kepada cahaya matahari."Bagi pengguna pelindung matahari, sapuan semula perlu dilakukan selepas mengambil wuduk bagi memastikan perlindungan terhadap kulit kekal berkesan," katanya.Dia turut mengingatkan bakal jemaah supaya mendapatkan vaksin influenza dan perlindungan insurans perjalanan sebelum berangkat.Menurutnya, langkah itu sangat membantu sekiranya memerlukan rawatan perubatan ketika berada di Arab Saudi kerana kos perubatan di negara berkenaan agak tinggi.Selain keperluan asas seperti ubat-ubatan, Dayang Hidayah turut menyarankan jemaah membawa beberapa barangan tambahan seperti garam rehidrasi oral (ORS), vitamin C, pelitup muka tambahan, pensanitasi tangan serta plaster.Wanita itu turut berkongsi pengalaman pernah mengalami kaki melecet teruk ketika menunaikan umrah akibat memakai stokin ketika kaki masih basah, sekali gus menyebabkan kaki sentiasa lembap."Bawa plaster dan pelapik kematu kerana ia sangat membantu mengurangkan kesakitan ketika berjalan jika kaki melecet atau mempunyai kematu," katanya.Antara barangan yang disyorkan dibawa ke Tanah Suci:- Semburan pelega tekak- Pek penyejuk badan (Cool Fever)- Pelembap bibir- Losen pelembap badan dan muka- Pelitup muka tambahan- Garam rehidrasi oral (ORS)- Vitamin C atau gula-gula pelega tekak- Pensanitasi tangan (hand sanitizer)- Ubat-ubatan peribadi- Plaster dan pelapik kematu (corn pads)