CAMERON Highlands sememangnya antara destinasi tanah tinggi paling popular di Malaysia, namun masalah sering menghantui pelancong ialah kesesakan teruk terutama hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ramai pengunjung ‘tersangkut’ berjam-jam di jalan utama terutama di laluan antara Simpang Pulai – Brinchang – Kea Farm, sekali gus merosakkan kegembiraan bercuti. Antara strategi mudah tetapi efektif bagi mengelak tersekat lama dalam kesesakan adalah dengan membahagikan lokasi penginapan mengikut kawasan lawatan.Pendekatan itu bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengurangkan keperluan ulang-alik yang menjadi punca utama kesesakan.Salah satu sebab utama orang ramai bercuti adalah untuk mendapatkan masa berkualiti bersama keluarga. -Gambar hiasan AITip utama: Elak ulang-alik kawasan sesakPelan terbaik ialah dengan bermalam di lokasi berbeza. Sebagai contoh, malam pertama di kawasan Centrum atau Brinchang dan malam kedua di Tanah Rata.Langkah ini membolehkan pelancong bergerak ikut zon tanpa perlu kembali ke laluan sama yang sering sesak pada waktu puncak.Jika anda dari Lembah Klang dan menuju Cameron Hinglands menggunakan laluan Tapah anda akan menempuh enam lokasi utama dengan puluhan tempat menarik hingga menuju ke arah Lojing.1. Tanah Rata- Cameron Valley 1, 2- Agroteknologi Mardi- Padang awam Majlis Daerah Cameron Highlands- Highlands Steamboat Cheese And Grill- Rainbow2. Kampung Taman Sedia- Opah Strawberry- Abang Strawberry- KHM Strawberries & Jam- Aidilbadri Strawberry3. Golden Hill - Pasar Malam Utama Golden Hill- Highlands Steamboat Cheese And Grill 2- Yaz Steamboat- Tokyo Town4. Brinchang- Cameron Centrum- Centrum Night Market- Big Red Strawberry- Cactus Valley- Flora Park5. Kea Farm- Pasar Kea Farm- Sheep Sanctuary- Flora Park6. Kuala Terla- Cameron Valley 3- ATV And Swing- Cameron Lavender