Ada segelintir peniaga di Seoul didakwa bertindak kasar kepada pelancong yang enggan membeli barangan mereka. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika membeli-belah di sebuah pusat jualan pakaian bawah tanah berhampiran Stesen Gangnam, Seoul, Korea Selatan.Menurutnya, insiden itu berlaku selepas dia mencuba beberapa helai pakaian yang dicadangkan oleh penjual di premis berkenaan. Wanita itu mendakwa dia sudah bertanya harga sebelum mencuba pakaian tersebut, namun penjual berkenaan enggan memberitahunya dan berulang kali meminta mencuba terlebih dahulu."Selepas saya mencuba pakaian itu, penjual tiba-tiba memberitahu jumlah keseluruhannya ialah 320,000 Korean Won atau kira-kira RM1,000."Saya dengan sopan memaklumkan harga itu terlalu mahal dan saya tidak mahu membelinya," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.Pelancong perlu mengesahkan harga terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang produk bagi mengelak masalah. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, situasi didakwa bertukar tegang apabila dia cuba meninggalkan kedai tersebut.Menurutnya, pemilik kedai wanita yang lebih berusia bertindak memegang lengannya dengan kasar sebelum memukul atau menampar belakang badannya ketika dia berjalan keluar.Insiden itu menyebabkan dia terkejut dan berasa tidak selesa, malah mengakui ketika itu dia hanya mahu beredar dari lokasi berkenaan secepat mungkin demi keselamatannya."Saya harap perkongsian ini dapat membantu orang lain mengelakkan situasi sama," ujarnya.Tip elak jadi mangsa peniagaSusulan kejadian itu, dia menasihatkan pelancong supaya sentiasa mengesahkan harga terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang barangan, selain tidak mudah terpengaruh dengan tekanan daripada penjual.Dalam masa sama, wanita berkenaan menjelaskan dia menyedari kebanyakan pengunjung tidak menghadapi masalah ketika membeli-belah di pusat jualan bawah tanah di Seoul dan insiden dialami mungkin terpencil.Selepas berkongsi pengalaman itu dengan seorang rakan warga Korea, dia dimaklumkan sesetengah golongan warga emas di negara itu bersikap lebih ekspresif secara fizikal dan mungkin menyentuh atau menepuk seseorang tanpa niat untuk mencederakan.Namun begitu, wanita itu menegaskan tindakan memegang lengannya dan memukul belakang badannya oleh individu tidak dikenali tetap dirasakan sebagai sesuatu yang agresif dan mengganggu.