suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imigresen tak cop keluar dari Hat Yai... Ramai kongsi pengalaman dituduh ‘overstayed’, tak fasal-fasal didenda RM10,000

Rakyat Malaysia disaran menyemak pasport masing-masing sebaik keluar dari pejabat imigresen. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa cemas selepas menyedari pasport miliknya tidak mempunyai rekod cop keluar dari Hat Yai, Thailand.

Apa lebih pelik suaminya diberikan cop tersebut walaupun mereka masuk dan keluar dari negara itu bersama-sama.

Wanita itu memberitahu dia hanya menyedari perkara itu ketika membuat semakan bagi persediaan perjalanan seterusnya ke negara terbabit.

"Pergi sama-sama, kereta yang sama dan cop waktu yang sasma. Semuanya sama di pejabat imigresen yang sama. Tak kan mereka nak cop di tempat berbeza pula?" katanya.

Situasi tersebut membuatkan dia bimbang sekiranya berlaku masalah ketika mahu masuk ke negara itu kelak, lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan rekod keluar masuk tidak lengkap dalam sistem imigresen.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Thailand antara negara yang paling digemari pelancong dari Malaysia. -Gambar hiasan AI

Thailand antara negara yang paling digemari pelancong dari Malaysia. -Gambar hiasan AI

Antaranya, ada menasihatkan supaya segera kembali ke pihak imigresen Thailand untuk mendapatkan cop keluar masuk yang betul bagi mengelakkan masalah pada perjalanan akan datang.

“Kalau tak ada cop Thailand, nanti masuk semula boleh kena tahan. Sistem mereka akan anggap kita masih berada di sana atau overstayed,” demikian antara komen netizen.

Ada juga berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama apabila tidak sedar ketiadaan cop masuk atau keluar, sehingga perlu kembali ke kaunter imigresen untuk pembetulan rekod bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

Dalam masa sama, netizen mengingatkan kesilapan kecil seperti ini boleh membawa kepada kesan besar termasuk denda, sekatan kemasukan, atau kelewatan di pintu imigresen.

"Nanti jadi isu macam kawan saya, masuk balik kena tahan dengan alasan rekod tak keluar dan duduk lebih tempoh. Dia siap kena tahan tiga hari dan bayar denda dekat RM10,000," komen warga maya.

Orang ramai yang kerap melakukan perjalanan merentas sempadan dinasihatkan supaya sentiasa menyemak semula pasport selepas melalui kaunter imigresen bagi memastikan semua rekod keluar masuk dicop dengan lengkap.

Artikel Lain