Pelancong sewajarnya lebih peka dalam menjaga adab dan memelihara nama baik negara sepanjang berada di luar negara. -Gambar hiasan AI
TULAR di media sosial beberapa klip video yang mengundang kemarahan membuak-buak dalam kalangan netizen apabila sekumpulan pelancong dipercayai dari Malaysia didakwa bertindak biadab menghina penduduk tempatan ketika sedang bercuti di China.Menerusi rakaman video berkenaan, kumpulan tersebut dilihat sengaja menutup hidung sambil menjerit perkataan 'busuk' dan 'tak mandi'. Tindakan yang dianggap tidak sensitif itu dengan pantas mencetuskan reaksi negatif serta kecaman hebat daripada rata-rata pengguna media sosial.Situasi menjadi lebih parah apabila video berkenaan turut tular di platform RedNote, iaitu aplikasi media sosial di China hingga membangkitkan kemarahan dan rasa tersinggung yang amat sangat dalam kalangan warga negara tembok besar tersebut.Susulan insiden memalukan itu, seorang pengguna media sosial tampil berkongsi ulasan mengenai kemungkinan kesan buruk dan tindakan undang-undang yang boleh dihadapi oleh pelancong terbabit sekiranya pihak berkuasa China mengambil tindakan tegas, termasuk daripada sudut peraturan ketenteraman awam dan imigresen:1. Jika hanya di media sosial dan tidak ganggu ketenteraman awam- Tiada tindakan undang-undang terus- Kandungan boleh dipadam oleh platform- Akaun boleh digantung atau disekat- Kecaman awam berlaku secara meluas2. Jika berlaku di China dan mencetuskan gangguan awamPihak berkuasa boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang ketenteraman awam, termasuk:- Amaran polis- Denda- Tahanan pentadbiran (biasanya beberapa hari hingga 10–15 hari) bagi kes gangguan serius3. Jika dianggap kes lebih seriusIa boleh disiasat di bawah kesalahan seperti provoking quarrels and trouble yang boleh membawa kepada:- Siasatan polis- Tahanan lebih lama- Tindakan jenayah dalam kes tertentu4. Kesan imigresen terhadap pelancongDi bawah undang-undang imigresen China:- Visa boleh dibatalkan jika berlaku pelanggaran undang-undang- Pelancong boleh diusir dari negara itu- Boleh dikenakan larangan masuk semula untuk tempoh tertentu5. Realiti sebenar yang perlu difahamiChina tidak mengenakan hukuman secara automatik, tindakan undang-undang biasanya berlaku jika:- Insiden menjadi viral- Mencetuskan gangguan awam- Menyebabkan reaksi sosial besar- Melibatkan unsur penghinaan atau provokasi yang serius