RAMAI rakyat Malaysia memilih memandu sendiri jika ke Selatan Thailand untuk bercuti kerana lebih fleksibel dan menjimatkan.Bagaimanapun masih ada segelintir kurang cakna tentang undang-undang di negara berkenaan sehingga timbul pelbagai masalah yang menjejaskan imej negara. Menurut ejen pelancongan Shamsyul Bahar, isu tempat letak kereta antara sering dipandang remeh oleh pelancong Malaysia sedangkan kesilapan kecil boleh menyebabkan percutian bertukar bencana.Katanya, masih ada meletakkan kenderaan sesuka hati hanya kerana ternampak ruang kosong di tepi jalan."Kalau nampak kawasan curb berwarna merah putih, jangan berhenti atau parkir kerana ia biasanyta merupakan zon larangan."Bagi curb kuning putih pula, ia lazimnya dikhaskan untuk teksi atau pengangkutan awam. Jadi kenderaan persendirian sebaiknya elak (letak kenderaan)," kongsinya di Threads.Hotel tempat paling selamat untuk meletakkan kenderaan. -Gambar hiasan AILokasi selamatDia turut mengesyorkan pelancong memilih kawasan parkir lebih selamat seperti hotel, pusat beli-belah atau pasar malam yang mempunyai penjaga atau tempat letak kereta rasmi walaupun perlu membayar.Menurutnya, langkah itu dapat mengelakkan risiko kenderaan dikunci (clamp) atau kesukaran mencari kenderaan selepas meninggalkannya.Selain itu, Shamsyul menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barang berharga di tempat yang mudah dilihat dari luar kenderaan."Beg, pasport, wang tunai, kamera atau barang beli-belah sebaiknya disimpan dalam bonet sebelum tiba di lokasi dan bukannya dilakukan di hadapan orang ramai," katanya.Bagi mengelakkan tersesat ketika mencari kenderaan, Shamsyul turut menggalakkan pelancong mengambil gambar lokasi parkir termasuk nombor tiang, nama bangunan, lorong atau menyimpan lokasi menerusi Google Maps.Menurutnya, kawasan parkir di bandar besar seperti Hat Yai dan Bangkok sering kelihatan hampir sama, sekali gus menyukarkan pencarian kenderaan.Shamsyul juga mengingatkan pelancong supaya menyediakan wang tunai dalam denominasi kecil seperti 20, 50 dan 100 baht kerana sesetengah kawasan parkir berhampiran pasar, restoran atau lokasi pelancongan hanya menerima bayaran secara tunai.Dalam pada itu, dia menegaskan orang ramai tidak seharusnya meletakkan kenderaan di hadapan premis perniagaan, rumah, pintu pagar atau laluan penghantaran walaupun ruang tersebut kelihatan kosong."Risikonya anda boleh ditegur pemilik premis, dikenakan tindakan atau menghadapi kesukaran untuk keluar semula," ujarnya.Bagi mereka yang bercadang mengunjungi lokasi tumpuan seperti kawasan sekitar Lee Garden, Greenway Market dan ASEAN Night Bazaar, beliau menyarankan agar datang lebih awal kerana ruang parkir biasanya cepat penuh.Sebagai langkah keselamatan tambahan, Shamsyul turut mengingatkan pelancong supaya menyimpan nombor kecemasan penting sepanjang berada di Thailand, termasuk Tourist Police di talian 1155 dan ambulans di talian 1669.Tip parkir ketika bercuti di Thailand:- Periksa warna curb sebelum parkir, elak kawasan larangan.- Pilih parkir rasmi seperti hotel atau pusat beli-belah.- Jangan tinggalkan barang berharga dalam kenderaan.- Ambil gambar atau simpan lokasi parkir di Google Maps.- Sediakan wang tunai kecil untuk bayaran parkir.- Elakkan parkir di hadapan kedai, rumah atau pintu pagar.- Datang awal ke lokasi tumpuan bagi memudahkan urusan parkir.-* Simpan nombor kecemasan Tourist Police (1155) dan ambulans (1669).