Terdapat kes beberapa jemaah terpaksa tidur di lobi hotel kerana tidak cukup bilik penginapan. -Gambar hiasan AI
IBADAH umrah sepatutnya menjadi perjalanan penuh ketenangan dan keselesaan buat para jemaah.Namun di sebalik pakej yang dipromosikan dengan pelbagai janji manis, terdapat sisi gelap industri ini yang jarang didedahkan kepada umum. Seorang mutawif mendedahkan bahawa terdapat segelintir agensi pelancongan yang didakwa terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan dan keselesaan jemaah.Menurutnya, ketika masih bekerja dengan sebuah syarikat pengendali umrah, dia pernah dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan menyasarkan jumlah jemaah yang jauh melebihi kapasiti sebenar mereka.Pelbagai pengalaman pahit dilalui jemaah yang diperdaya agensi umrah. -Gambar hiasan AI "Bekas majikan kata... saya tahu kapasiti kita hanya 8,000 jemaah, tetapi musim itu sasaran kita 12,000 orang."Dalam hati saya tertanya-tanya dia nak tambah 4,000 jemaah tapi ada ke tambahan kakitangan? Rupanya tidak," kongsinya. Tambahnya, akibat daripada tindakan majikannya itu timbul pelbagai masalah setiap kali kumpulan jemaah tiba di Tanah Suci."Setiap trip memang ada masalah. Ada yang tak cukup bilik, terpaksa tidur di lobi hotel, pasangan suami isteri dipisahkan dan macam-macam lagi."Semuanya kerana tamak. Hati-hati dengan agensi yang tidak takut kepada Allah," katanya yang memaklumkan agensi terbabit sudah pun gulung tikar.Pengalaman jemaahPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menunaikan umrah.Seorang individu mendakwa pakej yang ditempah pada awalnya menjanjikan hotel berdekatan dan bilik untuk empat ahli keluarga, namun situasi berubah apabila tarikh penerbangan semakin hampir."Waktu buat tempahan, macam-macam janji diberikan. Apabila dah nak terbang, hotel tiba-tiba ditukar ke lokasi lebih jauh, penerbangan berubah dan ahli keluarga pula terpaksa dipisahkan bilik."Apabila kami bantah, alasan yang diberi adalah perlu reda kerana datang untuk beribadah. Sedangkan kami cuma mahu kemudahan yang dibayar dipenuhi," katanya.Seorang lagi jemaah pula mendakwa membayar untuk bilik empat orang tetapi akhirnya ditempatkan di bilik dua orang dengan tambahan dua katil."Saya reda sahaja. Setiap hari lebih banyak masa dihabiskan di masjid berbanding berada di bilik," ujarnya.Turut berkongsi pengalaman ialah seorang netizen yang mendakwa membayar lebih RM8,000 untuk pakej umrah, namun kecewa apabila hotel yang diterima tidak seperti yang diiklankan."Dah terkena. Bayar lebih RM8,000 tetapi dapat hotel yang langsung tak setanding harga. Tiga orang berkongsi bilik yang sempit sampai lutut pun hampir berlaga. "Syarikat itu pula agak terkenal dalam industri umrah di Malaysia," dakwanya.