Citrawarna 2026 kembali menggegarkan Dataran Merdeka selepas tiga tahun menyepi. -Facebook Tourisma Malaysia Corporate
KEMBALI selepas tiga tahun menyepi, Citrawarna 2026 kembali menghangatkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan pelbagai persembahan kebudayaan.Bertemakan 'Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa', acara ikonik ini menampilkan segmen utama Citra Perarakan yang melibatkan 3,500 penari kebudayaan, Citra Rasa, Citra Budaya, dan Citra Seni.Kepelbagaian persembahan tarian pada Citrawarna 2026 di Dataran Merdeka memukau pengunjung termasuk pelancong dari dalam dan luar negara. Acara yang berlangsung pada malam Sabtu itu diadakan sempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) menghimpunkan kontinjen budaya dari seluruh negeri mempamerkan keunikan tradisi, kesenian, dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan serta antarabangsa. Malam penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.Aina Abdul antara artis yang membuat persembahan pada malam Citrawarna 2026.Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis popular tempatan.Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan hebat daripada Ernie Zakri, Aina Abdul, Wani Kayrie, Dr Soo Wincci, Santesh Kumar serta Kumpulan Balle-Balle yang berjaya menghidupkan suasana.Anwar beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri acara kemuncak Citrawarna 2026 di Dataran Merdeka. -Facebook Tourism Malaysia CorporateBukan sekadar hiburan pentas, Citrawarna 2026 turut membuktikan daya tarikan tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran lebih 700 pelancong antarabangsa menerusi pakej pelancongan khas.Antara pelancong yang hadir memeriahkan suasana termasuklah dari China, India, Mauritius, Jepun, Vietnam, Indonesia, Singapura, Kazakhstan, Itali, Belanda, Switzerland dan Perancis.Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung, acara itu turut menyediakan pelbagai tarikan menarik seperti lebih 70 gerai makanan dan minuman, 20 reruai aktiviti kebudayaan serta 10 reruai seni dan kraf tangan.-Facebook Tourism Malaysia CorporateProgram yang berlangsung selama tiga hari dan dijadualkan berakhir hari ini (Ahad).Kali terakhir Citrawarna diadakan adalah pada 24 hingga 27 Februari 2022 di Kuching Waterfront, Sarawak.Acara di Sarawak merupakan satu-satunya edisi luar Lembah Klang sejak ia penganjurannya pada 1999.