suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian musim sejuk memang best, tapi boleh bertukar ‘mimpi ngeri’ jika tiada 3 benda ini

Pakaian yang bersesuaian dapat membantu menjalankan aktiviti pada musim sejuk. -Gambar hiasan AI

PERCUTIAN ketika musim sejuk sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia yang ingin merasai cuaca dingin dan bersalji.

Namun keterujaan itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri sekiranya tidak membuat persediaan rapi apabila terpaksa berdepan cuaca sejuk yang melampau.

Bagi ibu bapa yang pertama kali merancang membawa anak bercuti ke luar negara pada musim sejuk, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian, bukan sahaja menyediakan pakaian tebal.

Pencipta kandungan travel iaitu Dina Awanis berkongsi beberapa perkara penting yang perlu disediakan sebelum bercuti.

Penggunaan alat pemanas badan dapat membantu mengekalkan kehangatan pada kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

Penggunaan alat pemanas badan dapat membantu mengekalkan kehangatan pada kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

1. Pek pemanas badan

Adakalanya, suhu yang dipaparkan menerusi aplikasi cuaca hanyalah anggaran kerana faktor seperti kelajuan angin dan altitud boleh menyebabkan suhu sebenar terasa jauh lebih sejuk.

Oleh itu, ibu bapa disarankan membawa beberapa pek pemanas badan (heat pack) yang boleh dilekatkan pada pakaian, lengan atau tapak kaki sekiranya cuaca menjadi terlalu sejuk.

Produk tersebut juga selamat digunakan oleh kanak-kanak dan boleh menjadi penyelamat ketika berada di luar dalam tempoh yang lama.

2. Pakaian heat tech berdasarkan material

Ramai beranggapan pakaian heat tech yang mahal semestinya lebih baik, sedangkan perkara paling penting ialah material yang digunakan.

Bagi kanak-kanak, Dina mencadangkan memilih pakaian yang mempunyai penarafan sekurang-kurangnya sehingga -20 darjah celsius, diperbuat daripada fabrik anjal supaya mudah dipakai dan tidak menyukarkan pergerakan.

Pada masa sama, ibu bapa juga disarankan menyediakan sekurang-kurangnya dua saiz berbeza agar pakaian tersebut benar-benar muat pada badan kerana pakaian yang terlalu longgar membolehkan udara sejuk masuk dan mengurangkan keberkesanannya.

Menurut Dina, pemilihan pakaian sesuai bukan sahaja membantu memastikan anak kekal hangat, malah menjadikan pengalaman bercuti di negara bersalji lebih selesa dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

2. Kepentingan powerbank

Selain pakaian musim sejuk, pengembara diingatkan supaya membawa powerbank kerana suhu rendah boleh menyebabkan bateri telefon dan gajet habis lebih cepat daripada biasa.

Menurut Dina, powerbank disarankan disimpan di dalam sarung tangan atau dibalut menggunakan fabrik bagi membantu mengekalkan suhunya ketika berada di luar.

Artikel Lain