suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita cerita pengalaman dipintas ke ‘red line’ kastam Indonesia... Rupanya gerak-geri dipantau sebaik turun pesawat!

Pemeriksaan kastam amat penting bagi membendung sebarang aktiviti penyeludupan barangan terlarang. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN dikongsikan seorang wanita yang kerap berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia membuktikan pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia bukan sekadar fokus kepada barangan di dalam bagasi sahaja.

Sebaliknya, setiap gerak-geri penumpang di sana turut dipantau bagi membantu pihak berkuasa mengesan sebarang aktiviti mencurigakan, termasuklah cubaan menyeludup dadah.

Wanita dikenali sebagai Maira Safira itu berkata, sebagai individu yang sering melakukan perjalanan ke Indonesia, dia tidak lagi berasa terkejut sekiranya dipilih menjalani pemeriksaan rapi oleh pihak kastam.

"Sebagai orang Indonesia yang memang selalu ulang-alik Malaysia-Indonesia, sejujurnya aku dah tak terkejut kalau kastam Soekarno-Hatta buat pemeriksaan macam tu," katanya dalam hantaran di Threads.

Menurutnya, pengalaman itu berlaku ketika dia pulang ke Jakarta bersama seorang rakannya dari Malaysia selepas menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur.

Disebabkan muatan bagasinya melebihi had, Maira mengambil keputusan menumpangkan sebuah beg atas nama temannya yang ketika itu tidak mendaftar masuk sebarang barangan.

Pemeriksaan kastam adalah prosedur biasa di pintu sempadan. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, sebaik mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, mereka berdua terus diarahkan menuju ke laluan pemeriksaan khas (red line).

Menurut Maira, beg yang dibawa digeledah selepas pihak berkuasa mengesan mereka turun dari pesawat serta mengambil muatan bersama, walaupun menggunakan tempahan tiket berasingan.

"Terus kena buka dua-dua luggage depan pegawai kastam. Semua barang mereka geledah. Nasib baik memang tak ada apa-apa, isi pun cuma baju-baju aku dengan coklat buah tangan saja.

"Kawan aku pula diminta tunjuk kad pengenalan. Apabila dia cakap dia anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetap juga dibawa masuk ke bilik untuk body scan.

"Jadi memang di Jakarta, pemeriksaannya boleh jadi seketat itu. Walaupun tunjuk kad anggota PDRM pun, prosedur tetap prosedur," ujar Maira.

Berdasarkan pengalamannya, dia kini lebih faham bahawa setiap pergerakan penumpang seolah-olah dipantau sebaik sahaja mereka turun dari pesawat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pemerhatian pegawai bertugas.

Selain pemeriksaan fizikal, wanita itu turut ditemu bual oleh pegawai kastam kerana rekod menunjukkan dia sebelum itu berlepas ke Kuala Lumpur secara bersendirian, namun pulang bersama individu lain.

Pegawai turut bertanyakan tempoh perkenalan serta sebab mereka berdua pulang menaiki penerbangan yang sama.

Menurut Maira, mereka akhirnya dibenarkan meninggalkan lapangan terbang selepas semua pemeriksaan selesai dan pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang unsur mencurigakan.

Pengalaman tersebut menunjukkan pemeriksaan kastam di Indonesia bukan sahaja tertumpu kepada bagasi, malah melibatkan penelitian terhadap rekod perjalanan bagi memastikan tiada unsur penyeludupan atau jenayah rentas sempadan.

Artikel Lain