PADA September, Genting Simon Sdn Bhd meraikan ulang tahun ke-15 Premium Outlets di Malaysia menerusi Jualan Ulang Tahun selama empat hari di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets. Berlangsung dari 10 hingga 13 September 2026, sambutan ini menawarkan penjimatan sehingga 80 peratus di kedai-kedai yang terpilih, seperti Burberry, BOSS, Ferragamo, Kenzo, Polo Ralph Lauren, Tory Burch dan banyak lagi, selain pengalaman berharga, aktiviti interaktif serta juadah percuma untuk seisi keluarga turut disediakan sepanjang tempoh jualan. Perjalanan 15 tahun Perjalanan Genting Simon bermula dengan Johor Premium Outlets pada tahun 2011, yang merupakan pusat Premium Outlets pertama di Asia Tenggara, diikuti Genting Highlands Premium Outlets pada tahun 2017 sebagai lokasi pusat Premium Outlets pertama di rantau ini yang terletak di kawasan tanah tinggi, serta Jakarta Premium Outlets pada tahun 2025. Kini, ketiga-tiga destinasi di Malaysia dan Indonesia menampilkan pelbagai pilihan outlet berjenama pereka dan jenama terkenal untuk dinikmati pelanggan dari seluruh rantau. “Sepanjang 15 tahun lalu, pelanggan, rakan kongsi jenama dan komuniti sentiasa menjadi nadi kepada perjalanan kami. Ulang tahun ini memberi peluang kepada kami untuk menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan mereka serta meraikan pencapaian ini bersama sama menerusi empat hari yang menawarkan penjimatan istimewa, ganjaran dan pengalaman tidak dapat dilupakan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon, Jean Marie Pin Harry.Jualan Ulang Tahun ini menjanjikan empat hari yang penuh kenangan buat pelanggan Premium Outlets Malaysia. Shop More! Win Bigger!Ulang tahun ini dimeriahkan lagi dengan kempen Shop More! Win Bigger! yang menawarkan hadiah bernilai RM100,000 kepada pelanggan dengan perbelanjaan tertinggi di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah: Pembeli Tertinggi: Baucar Hadiah Premium Outlets bernilai RM30,000 Pembeli Kedua Tertinggi: Percutian untuk dua orang ke Seoul Pembeli Ketiga Tertinggi: Percutian untuk dua orang ke Shanghai 15 Pembeli Seterusnya dengan Perbelanjaan Tertinggi: Konsol Sony PlayStation®5 Berbelanja sehingga tengah malam di Johor Premium Outlets Bagi pelanggan yang gemar membeli-belah pada lewat malam, Johor Premium Outlets akan melanjutkan waktu operasinya sehingga 12 tengah malam pada 11 dan 12 September 2026. Jualan Tengah Malam ini memberi lebih banyak masa kepada pelanggan untuk menerokai kedai, menikmati penjimatan ulang tahun serta meraikan suasana sambutan bersama keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti menarik untuk semua peringkat umur Selain membeli-belah, pengunjung boleh menikmati permainan bersama keluarga dan rakan rakan menerusi Shake & Score serta Strike It Fast Challenges dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Direka untuk semua peringkat umur, aktiviti percuma ini menambahkan elemen menyeronokkan dalam sambutan ulang tahun tersebut. Pelanggan juga boleh menikmati gula-gula kapas dan bertih jagung percuma sepanjang tempoh sambutan. Hidangan percuma untuk pelanggan Pelanggan boleh berehat dan mengisi tenaga sepanjang sesi membeli-belah menerusi sesi pemberian makanan dan minuman percuma, tertakluk kepada stok yang tersedia. Di Genting Highlands Premium Outlets, pengunjung boleh menikmati hidangan daripada Auntie Anne’s, BOOST, Krispy Kreme Doughnuts dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Sementara itu, pelanggan di Johor Premium Outlets pula boleh menikmati hidangan daripada Baskin-Robbins, DÔME Cafe, Marrybrown dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Sertai sambutan selama empat hariDengan tawaran penjimatan menarik, hadiah lumayan, waktu membeli-belah yang dilanjutkan, pengalaman interaktif serta hidangan percuma, Jualan Ulang Tahun ke-15 ini menjanjikan empat hari yang penuh kenangan buat pelanggan daripada semua peringkat umur. Jangan lepaskan tarikh ini dan raikan ulang tahun ke-15 Premium Outlets di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets dari 10 hingga 13 September 2026. Genting Highlands Premium Outlets 10 hingga 13 September 2026: 10 pagi hingga 10 malam Johor Premium Outlets 10 dan 13 September 2026: 10 pagi hingga 10 malam 11 dan 12 September 2026: 10 pagi hingga 12 tengah malam Untuk maklumat lanjut mengenai jenama yang mengambil bahagian, promosi, aktiviti dan waktu operasi, layari www.premiumoutlets.com.my.