suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos beli bagasi RM100 tapi dapat pampasan RM700! Tindakan pelancong ini ‘add-on’ beli insurans perjalanan memang berbaloi

Kerosakan bagasi boleh dituntut menerusi insurans perjalanan mengikut syarat perlindungan polisi. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang masih menganggap insurans perjalanan sebagai satu pembaziran atau perbelanjaan tambahan yang tidak begitu penting setiap kali merancang percutian.

Ada yang memilih untuk 'bersangka baik' dan menganggap insiden seperti kemalangan ketika berada di luar negara, penerbangan dibatalkan atau sebagainya tidak akan berlaku kepada mereka.

Namun, apabila perkara tidak dijangka benar-benar berlaku, perlindungan insurans perjalanan menjadi 'payung' penyelamat yang menghalang percutian impian bertukar menjadi mimpi ngeri.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman, seorang individu tampil menceritakan bagaimana insurans perjalanan membantunya mendapatkan pampasan selepas bagasi miliknya mengalami kerosakan ketika melancong ke luar negara.

Menariknya, dia mendakwa hanya membeli sebuah bagasi pada harga tidak sampai RM100, namun menerima pampasan sebanyak RM700 selepas membuat tuntutan.

"Dulu waktu nak travel mesti beli luggage mahal. Tapi apabila saya fikir balik, saya beli yang murah-murah sajalah sebab apabila melancong ke luar negara, saya ambil insurans travel.

"Jadi kalau luggage rosak, boleh la claim dengan insurans. Pernah sekali saya claim dapat RM700. Beli luggage tak sampai RM100," katanya menerusi perkongsian tersebut.

Insurans perjalanan penting sebagai perlindungan daripada risiko tidak dijangka. -Gambar hiasan AI

Individu tersebut turut memperincikan proses tuntutan yang sangat mudah dan pantas menerusi aplikasi syarikat insurans yang langganinya.

Menurutnya, dia hanya perlu menghantar gambar bagasi yang mengalami kerosakan sebelum pihak insurans meminta maklumat tambahan termasuk butiran penerbangan.

"Saya claim dalam applikasi. Cuma hantar je gambar luggage. Nanti pihak insurans akan minta details flight semua. Amaun tu mereka yang approve," jelasnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian kerana ramai mungkin tidak menyedari bahawa perlindungan bagasi merupakan antara manfaat yang ditawarkan menerusi sesetengah pelan insurans perjalanan.

Secara umumnya, insurans perjalanan menawarkan perlindungan terhadap beberapa situasi tidak dijangka sepanjang perjalanan, bergantung kepada jenis pelan dan terma polisi yang dipilih.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris ‘terlepas’ ke Korea Selatan gara-gara K-ETA... Suami dah monyok, mujur isteri tak putus asa - “Rasa macam menang cabutan bertuah!”

Antaranya termasuk perlindungan kemalangan diri, perlindungan kos rawatan perubatan, pembatalan atau gangguan perjalanan, bencana alam serta kehilangan atau kerosakan bagasi.

Bagaimanapun, jumlah pampasan dan perkara yang boleh dituntut berbeza mengikut syarikat, jenis pelan serta terma dan pengecualian polisi.

Harga insurans perjalanan pula lazimnya bergantung kepada beberapa faktor seperti destinasi, tempoh perjalanan, bilangan individu dilindungi dan tahap perlindungan yang dipilih.

Insurans juga biasanya perlu dibeli sebelum perjalanan bermula, dan bukan selepas berlaku sesuatu kejadian yang ingin dituntut.

Justeru, sebelum membeli, pengguna disarankan membaca polisi dengan teliti khususnya had perlindungan, prosedur tuntutan serta dokumen yang diperlukan.

Artikel Lain