Sesetengah pengembara membawa stok makanan kering ketika melancong ke luar negara kerana bimbang sukar mendapatkan makanan halal. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali merancang percutian ke luar negara, selain memikirkan destinasi dan penginapan, soal makanan juga sering menjadi perhatian terutama bagi pelancong beragama Islam.Justeru, tidak hairanlah jika ada memilih untuk membawa makanan ready-to-eat (RTE) kerana bimbang sukar mendapatkan sajian halal, selain mahu menjimatkan kos atau pun tidak biasa dengan cita rasa makanan di negara yang dikunjungi. Namun tahukah anda, tidak semua makanan RTE boleh dibawa menaiki pesawat?Perkara itu dikongsikan seorang bekas kru kabin yang menjelaskan makanan RTE tertentu, khususnya jenis self-heating yang dilengkapi pek pemanas untuk memanaskan makanan tanpa dapur atau ketuhar, tidak dibenarkan dibawa dalam bagasi penumpang.Malah, larangan berkenaan bukan sekadar terpakai kepada beg kabin (hand carry), tetapi turut melibatkan bagasi daftar masuk (check-in).Menurut perkongsian berkenaan, RTE yang mempunyai bahan pemanas diaktifkan menggunakan cecair perlu diberi perhatian kerana komponen tersebut boleh dikategorikan sebagai bahan berbahaya dalam pengangkutan udara.Individu tersebut turut memetik peraturan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengenai barangan berbahaya, yang mana ia menetapkan bahan berbahaya secara amnya tidak boleh dibawa dalam bagasi penumpang atau kru kecuali terdapat pengecualian khusus.Sesetengah produk menggunakan bahan pemanas yang bertindak balas apabila terkena air atau cecair bagi menghasilkan haba.Dalam konteks penerbangan, komponen seperti ini tertakluk kepada peraturan khusus berkaitan barangan berbahaya.Pengembara yang merancang membawa bekalan makanan disaran menyemak syarat bagasi syarikat penerbangan sebelum memasukkan makanan berkenaan ke dalam beg. -Gambar hiasan AI"Pemanas yang diklasifikasikan sebagai barangan berbahaya yang bertindak balas dengan air memerlukan pengaturan penghantaran barangan berbahaya secara rasmi sekiranya pengangkutan bahan tersebut dibenarkan."Ia tidak boleh sewenang-wenangnya dimasukkan ke dalam bagasi," demikian petikan peraturan berkenaan. Larangan tersebut bukan sekadar berdasarkan perkongsian bekas kru kabin semata-mata.Malaysia Airlines dalam laman rasminya juga menyatakan bahawa atas faktor keselamatan, semua bentuk makanan mempunyai sistem pemanasan sendiri atau ready-to-eat meals yang dibawa oleh penumpang atau kru dalam bagasi daftar masuk mahupun bagasi kabin adalah dilarang di semua penerbangan Malaysia Airlines.Antara contoh yang dinyatakan termasuk pek pemanas atau self-heating packs yang digunakan untuk makanan seperti hot pot, nasi dan minuman.Menurut syarikat penerbangan itu, pek berkenaan boleh mengandungi bahan seperti serbuk magnesium, serbuk besi, karbon pepejal yang boleh terbakar sendiri atau kalsium oksida yang bersifat mengakis.ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris ‘terlepas’ ke Korea Selatan gara-gara K-ETA... Suami dah monyok, mujur isteri tak putus asa - “Rasa macam menang cabutan bertuah!”Bahan-bahan tersebut boleh menghasilkan gas mudah terbakar apabila bersentuhan dengan air, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.Bagaimanapun, perlu difahami istilah RTE yang boleh merujuk kepada pelbagai jenis makanan.Larangan yang dinyatakan Malaysia Airlines adalah terhadap makanan RTE atau makanan yang mempunyai sistem pemanasan sendiri (self-heating), bukannya bermaksud semua makanan siap dimakan secara automatik dilarang dalam setiap penerbangan.Peraturan bagasi juga boleh berbeza mengikut syarikat penerbangan, negara dan laluan penerbangan.Justeru, bagi penumpang yang merancang membawa bekalan makanan dari rumah, terutama ketika melancong ke luar negara, jangan hanya melihat kepada kandungan makanan tersebut.Periksa juga sama ada ia mempunyai pek pemanas, bahan kimia atau komponen lain yang tertakluk kepada peraturan barangan berbahaya.Langkah paling selamat adalah menyemak syarat bagasi syarikat penerbangan sebelum memasukkan makanan berkenaan ke dalam beg.