suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak larat layan anak lepas balik kerja, wanita cadang waktu operasi sekolah sampai malam... Cikgu pun kena kerja ikut syif!

Setiap individu pasti berhadapan dengan cabaran hidup yang berbeza. -Gambar hiasan AI

KESIBUKAN bekerja sehingga lewat malam sememangnya menjadi cabaran besar buat sesetengah ibu bapa dalam menguruskan anak-anak.

Dek kerana itu juga, timbul perdebatan hangat di media sosial apabila seorang pengguna Threads mengemukakan cadangan supaya sekolah dibuka sehingga waktu malam dengan pelaksanaan kerja mengikut syif untuk guru.

Cadangan peribadi wanita terbabit turut mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila beliau mendakwa golongan pendidik mempunyai banyak masa untuk berehat.

Menyelar pandangan individu berkenaan, seorang pelayar yang dipercayai bertugas sebagai guru tampil menegaskan bahawa cadangan sedemikian langsung tidak wajar.

Sambil berkongsi tangkap layar hantaran wanita terbabit, guru berkenaan menyifatkan tindakan ibu tersebut seperti mahu melepaskan tanggungjawab sendiri kepada pihak sekolah.

Golongan pendidik juga bekerja selama lapan jam. -Gambar hiasan AI

Golongan pendidik juga bekerja selama lapan jam. -Gambar hiasan AI

"Kesian kat anak yang dapat mak macam ni. Kau yang malas jaga anak, kami (guru) pula kena kerja sampai malam. Lepas tu sedap-sedap fitnah kata cikgu tidur terbongkang," ujarnya menerusi hantaran di Thread.

Berdasarkan hantaran asal yang tular, ibu berkenaan memuat naik pandangan peribadinya berhubung cadangan pembukaan sekolah hingga ke malam bagi memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja lewat.

Menurutnya, sistem syif membolehkan guru bergilir-gilir bertugas sekali gus ringankan beban ibu bapa.

  • Seorang ibu mencadangkan sekolah dibuka sehingga malam dengan guru bekerja mengikut syif bagi membantu ibu bapa yang pulang lewat.
  • Wanita itu mendakwa guru mempunyai banyak masa berehat berbanding ibu bapa yang masih perlu menjaga anak selepas bekerja.
  • Seorang pelayar dipercayai guru membantah cadangan tersebut dan menyifatkan ibu berkenaan sebagai malas menjaga anak sendiri.
  • Ibu itu menjelaskan cadangannya melibatkan pembahagian syif, bukannya meminta guru bekerja dari pagi hingga malam tanpa henti.
  • Rata-rata netizen turut kurang senang dengan dakwaan wanita itu yang dianggap memperlekehkan tugas guru.

"Penatnya jaga anak-anak ini. Kalau dapat hantar ke sekolah sampai malam, tenang sikit hidup. Cikgu pun macam relaks sangat, rasa la sikit kerja syif macam mana," tulis ibu berkenaan.

Bagi membalas teguran netizen, wanita itu kemudiannya menjelaskan bahawa dia bukannya meminta seorang guru mengajar dari pagi membawa ke malam tanpa henti.

Sebaliknya, dia mencadangkan pembahagian syif sambil membandingkan waktu pulang guru dengan ibu bapa lain yang selalunya hanya tiba di rumah sekitar pukul 7 hingga 8 malam.

"Kita ni kerja dari pukul 7 pagi hingga 8 malam baru sampai rumah. Kemudian nak jaga anak lagi. Cikgu pukul 3 petang terbongkang dekat rumah," dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendidik muda bengang kena ‘cover’ kerja orang lain, dakwa cikgu tua malas bekerja - “Gaji halal ke macam tu?”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terkedu diludah murid, bangkit isu batas kesabaran seorang guru... Jika terus berlembut, bimbang salah hantar mesej kepada pelajar

Susulan hantaran perkongsian yang dibuat guru berkenaan, warga maya tampil dengan pelbagai persepkektif.

Namun rata-ratanya turut meluahkan rasa tidak selesa dengan dakwaan ibu berkenaan.

"Beranak nak, doktor suruh merancang tak mahu sampai merentan di Thread... kemudian suruh cikgu jaga anak.

"Sekolah swasta pun tak ada sampai malam ya, entah jin mana yang dia wakilkan.

"Dia yang pilih kerja shif, kemudian dia yang tersakiti dengan orang lain kerja waktu pejabat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain