suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendidik muda bengang kena ‘cover’ kerja orang lain, dakwa cikgu tua malas bekerja - “Gaji halal ke macam tu?”

Cara bekerja guru baharu dan guru lama pastinya sedikit berbeza. -Gambar hiasan AI

BEBAN tugas di sekolah sering menjadi isu dalam kalangan warga pendidik, terutamanya melibatkan agihan kerja yang dianggap tidak seimbang.

Menurut seorang guru muda, dia kurang senang dengan sikap segelintir senior dalam bidang pendidikan yang didakwa sering menyusahkan orang sekeliling.

"Peringatan untuk cikgu-cikgu lama. Kalau dah rasa tak berkemampuan nak buat kerja, tolonglah mohon untuk pencen. Jangan pentingkan diri sangat. 

Guru berdepan cabaran besar dalam mendidik anak murid. -Gambar hiasan AI

"Disebabkan komitmen dan loan kamu, kami cikgu muda kena cover kerja yang kamu dah tak boleh buat. Datang kerja tapi tak buat kerja. 

"Gaji dapat, jadi darah daging anak bini. Halal ke macam tu? Janganlah susahkan cikgu-cikgu baharu untuk cover kerja kamu," tulis guru itu.

Hantaran di aplikasi Threads itu mengundang perhatian ramai sehingga dihujani komen oleh warga pendidik.

  • Seorang guru muda raih perhatian selepas kongsi luahan hati di Threads.
  • Dia mendakwa guru muda terpaksa 'cover' kerja-kerja pendidik senior.
  • Dia mencadangkan guru tua pencen awal sekiranya sudah tidak larat.
  • Dia turut mempersoalkan keberkatan gaji guru yang tidak amanah bekerja.

Menurut seorang individu, sikap malas bukan hanya berlaku dalam kalangan guru senior, malah turut berleluasa dalam kalangan mereka yang baru bekerja.

"Tak semua cikgu lama macam tu. Ada yang nak pencen pun masih perform. Malah, ada juga cikgu baharu yang buat perangai malas. Tak boleh sapu rata macam ni," tulis individu itu.

Malah, ramai guru lain turut membangkang kenyataan pemilik hantaran itu dan meminta dia lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lelaki terkejut, murid perempuan mahu peluk sebab rindu... Minta ibu bapa ajar batas, sentuhan selamat!

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak saya ajar!” - Cikgu terkedu murid suka mencarut bongkar sikap sebenar ibu di rumah, mengaku hari-hari kena maki

"Amboi mulut, macamlah kita tu muda selamanya. Baru kerja dah merungut. Jangan berlagak, mana tahu yang muda sakit, cikgu lama juga yang cover nanti.

"Cikgu-cikgu baharu kadang perasan yang dia buat kerja lebih. Dia tak tahu cikgu lama pun buat macam-macam kerja. Kelakar ya.

"Di sekolah aku, cikgu-cikgu lama yang rajin. Macam-macam aktiviti mereka buat," tulis beberapa individu lagi.

Artikel Lain