suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah ‘jual mahal’ tak mahu kahwin cepat, gadis akhirnya gigit jari... Ibu kekasih ‘sailang' jodoh, terus meminang anak kawan!

Setiap gadis mempunyai perancangan dan impian tersendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan

PASANGAN yang menjalinkan hubungan cinta selama bertahun-tahun semestinya mengimpikan ikatan tersebut berakhir di jenjang pelamin, namun tidak semua kisah berjalan seperti dirancang.

Begitulah luahan duka seorang gadis yang mengakui kini buntu dan kecewa selepas teman lelakinya bersetuju untuk berkahwin dengan calon pilihan ibunya, sedangkan hubungan mereka masih belum berakhir.

Menurut gadis itu, mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama lebih satu tahun sebelum ibu teman lelakinya mula mendesak agar anaknya segera mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, dia mengakui belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri pada ketika itu lalu menyampaikan perkara berkenaan kepada kekasihnya.

Perkahwinan bukan keputusan yang boleh dibuat terburu-buru kerana setiap gadis mempunyai perancangan tersendiri. -Gambar hiasan

"Situasi ni merumitkan fikiran saya setiap hari. Saya sudah bercinta dengan seorang lelaki kira-kira satu tahun lebih.

"Tiba-tiba mak dia desak suruh segera kahwin. Apabila saya cakap belum bersedia, tengok-tengok mak dia pergi meminang anak kawan sendiri," ceritanya," katanya.

Jelas gadis itu, dia berasa sangat terkilan apabila pasangannya seolah-olah mengikut sahaja rancangan keluarga untuk menamatkan zaman bujang bersama insan pilihan ibunya.

"Dia ikut cakap mak dia yang dia akan kahwin dengan perempuan tu. Padahal sekarang kami tengah bercinta lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak jadi berpoligami, kekasih pilih undur diri... Menangis peluk isteri, tanpa berselindung mengaku belum boleh lupa buah hati

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’

"Saya tahu yang anak mesti kena dengar cakap mak dia. Tapi macam mana dengan saya. Betul, saya tak bersedia lagi.

"Tapi jangan la sampai kahwin dengan perempuan lain. Tunggu saya buat keputusan dulu," ujar gadis itu penuh rasa hampa.

Perkongsian yang mengusik jiwa itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, di mana rata-ratanya berpendapat gadis berkenaan perlu menerima hakikat dan melangkah pergi.

  • Belum sedia kahwin, kekasih pilih gadis lain.
  • Buntu kekasih ikut pilihan ibu.
  • Mereka masih bercinta, cuma pasangan bakal kahwin orang lain.
  • Netizen minta putuskan hubungan.
  • Cinta tergantung kerana desakan keluarga.

"Putuskan saja hubungan tu. Kalau dia nak kahwin awal tapi awak tak bersedia, takkan dia nak tunggu. Sama juga kalau perempuan nak kahwin tapi teman lelaki tak nampak hala tuju.

"Kalau betul bersedia, dari awal lagi patut teruskan tanpa berbelah bahagi. Jangan sampai merendahkan diri sendiri.

"Memang ambil masa untuk pulih daripada kekecewaan, tapi bertahan dalam situasi macam ni pun takkan selesaikan masalah. Kalau dia dah jadi suami orang nanti, takkan awak masih nak berhubung kasih?" ujar netizen berkenaan.

Artikel Lain