suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Aku skip lunch, tak pergi tandas tau!" – Pekerja tawar hati dapat surat amaran, kecewa rakan pemalas terlepas

Menerima surat amaran di tempat kerja boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan terutama apabila merasakan sudah memberikan komitmen sepenuhnya. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan pekerja, menerima surat amaran daripada majikan pastinya menjadi antara detik sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila merasakan diri sudah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan.

Begitulah luahan kecewa seorang individu selepas dipanggil oleh pengurus serta menerima surat amaran pertama atas alasan prestasi kerja yang didakwa tidak memuaskan.

"Hari ni aku kena panggil dengan manager dan dapat surat amaran pertama sebab unsatisfactory, with tasks taking longer than expected," tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Tekanan ketika di tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan AI

Tambahnya, dia sama sekali tidak berniat untuk memuji diri sendiri, namun berasakan sentiasa memberikan keutamaan kepada tugasan terutama yang melibatkan kerja-kerja segera.

"Aku rasa dan pasti setiap kali aku buat kerja yang urgent, aku buat betul-betul sampai skip lunch dan toilet tau, sebab aku utamakan kerja yang bos nak.

"Aku selalu overtime apabila kerja tu urgent, even tak urgent pun kalau banyak aku still overtime. Tapi kena macam ni," luahnya.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa segelintir rakan sekerja kelihatan main-main ketika waktu bekerja, namun terlepas daripada sebarang tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat kerja bagus alih-alih pekerja baharu dinaikkan pangkat! Staf hilang motivasi gara-gara bos pilih kasih

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! - “Masalahnya saya kena ajar dia kerja”

Orang yang main phone dan buat kerja dua, tiga minit sekali tak kena panggil pula?

"Bias, aku just nak cakap aku kecewa apabila kena macam ni," ujarnya.

Disebabkan situasi tersebut, dia mengakui kini mula tawar hati biarpun sudah selesa dengan persekitaran di tempat kerjanya.

  • Seorang individu sedih selepas menerima surat amaran pertama daripada pengurus atas alasan prestasi kerja tidak memuaskan.
  • Dia mendakwa sentiasa mengutamakan tugasan sehingga sanggup bekerja lebih masa.
  • Individu itu kecewa kerana mendakwa ada rakan sekerja yang kurang serius bekerja tetapi tidak dikenakan tindakan.
  • Dia tidak mengetahui siapa yang membuat laporan sehingga menyebabkan dirinya menerima surat amaran.
  • Dia kini tawar hati untuk terus bekerja di syarikat berkenaan walaupun menyukai pekerjaan dan rakan-rakan sekerjanya.

"Aku suka kerja sini dan aku suka kawan-kawan aku. Tapi aku tak boleh nak teruskan khidmat dekat sini kalau macam ni. Yang report tu aku tak tahu apa masalah kau," kongsinya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ramai berpendapat surat amaran tidak semestinya bermaksud seseorang pekerja gagal menjalankan tugas.

Netizen menasihatkan individu tersebut supaya meminta maklum balas secara terperinci daripada pengurus berhubung penilaian prestasi agar dia mengetahui punca sebenar menerima amaran tersebut, selain mengelakkan salah faham pada masa akan datang.

Artikel Lain