suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak nak kahwin, mak pula keliling kampung minta tajaan... Wanita panas hati ibu sering jadi ‘target’ pinjam duit jiran muka tembok!

Mengadakan majlis kenduri biarlah mengikut kemampuan, bukannya sampai menadah tangan dan mengemis bantuan jiran. -Gambar hiasan AI

SEBUAH perkahwinan sememangnya dianggap tidak lengkap tanpa majlis kenduri sebagai tanda meraikan pasangan pengantin bersama keluarga dan kenalan.

Namun, seorang wanita mendakwa terdapat segelintir ibu bapa pengantin yang gemar meminta tajaan atau bantuan kewangan daripada jiran semata-mata mahu mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran.

Menurut wanita itu, pengalaman pertama berlaku apabila seorang jirannya meminta sumbangan daripada penduduk sekitar bagi menampung kos majlis perkahwinan anak.

Bagi berkemampuan tidak salah untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. -Gambar hiasan AI

Bagi berkemampuan tidak salah untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. -Gambar hiasan AI

"Masa tu ekomoni keluarga kami tak berapa stabil jadi aku cakap kami tak dapat bantu. Tahu lepas tu jadi apa? Makcik tu tak bertegur sapa dengan mak aku.

"Kenapa terasa? Anak kau punya majlis patutnya ahli keluarga korang yang uruskan. Suruh anak kau yang bayar semua. Sedap je kau minta ye," kata wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk dah hidang tapi kena tunggu pengantin selesai bergambar... Anggap trend baru kenduri kahwin, lelaki sanggup balik tak makan!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kutip dan basuh sisa makanan kenduri, masak semula untuk anak-anak - “Mak kata dekat tuan rumah nak bagi kucing”

Wanita itu berkata, situasi sama berulang apabila seorang lagi jirannya mahu mengadakan majlis pertunangan anak dan bertindak meminjam wang daripada ibunya.

Menurutnya, walaupun wanita berkenaan merayu, ibunya tetap menolak permintaan itu kerana tidak mempunyai wang lebihan.

"Anak dia yang nak bertunang tu adalah kawan aku dan mak dia nak pinjam duit aku sebab nak buat majlis besar-besaran. Tolong la jangan nak minta tajaan dari orang.

"Ni dah kali kedua perkara macam ni jadi. Rasa geram sangat dengan makcik jenis macam ni! Seronoklah anak dia duduk lenggang kangkung sebab majlis orang lain yang taja,," katanya.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat kurang senang apabila keluarganya sering menjadi sasaran pinjaman wang, sedangkan ibunya sendiri tidak bekerja.

  • Wanita mendakwa jirannya kerap meminta tajaan dan pinjaman wang untuk majlis anak.
  • Jiran didakwa merajuk selepas keluarga wanita enggan memberi sumbangan.
  • Seorang lagi jiran turut merayu meminjam wang untuk majlis pertunangan anak.
  • Wanita menegaskan majlis perlu dibuat mengikut kemampuan sendiri.
  • Netizen turut mengecam budaya meminta tajaan daripada orang lain.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat majlis perkahwinan atau pertunangan wajar diadakan mengikut kemampuan tanpa membebankan orang lain. 

"Ada je perangai macam ni, anak dia nak kahwin kemudian mak dia mengemis kat semua adik-beradik. Apabila tak bagi paksa pula suruh hulur paling sikit RM500.

"Tak tahu malu, kalau tak berduit jangan minta, buat ikut kemampuan poket masing-masing," komen warga maya.

Artikel Lain