TETAMU lazimnya memilih untuk hadir lebih awal ke majlis kenduri perkahwinan bagi mengelak kesesakan selanin dapat menikmati jamuan tanpa perlu menunggu terlalu lama.Namun lelaki ini berkongsi pengalaman berbeza sehingga dia terpaksa pulang tanpa sempat menjamah makanan ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Menurutnya, majlis berkenaan dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi dan ketika sampai ke lokasi semua hidangan telah pun tersedia di ruang jamuan. Namun dia terkejut apabila diberitahu tidak boleh terus menjamu selera sebaliknya perlu menanti pasangan mempelai bergambar bersama keluarga pada pukul 11.45 pagi.Kenduri diadakan bukan sekadar meraikan pengantin tetapi juga tetamu. -Gambar hiasan AI"Hari ini aku ajak isteri balik dari kenduri dan kami langsung tak makan."Kenapa? Majlis mula pukul 11 pagi dan makanan di barisan hidangan sudah siap terhidang, tapi tetamu kena tunggu pengantin bergambar dengan keluarga sehingga pukul 11.45 pagi baru boleh makan," ceritanya.Lelaki itu menyifatkan situasi berkenaan sebagai trend baharu dalam sesetengah majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang mewajibkan tetamu menunggu walaupun makanan sudah tersedia.ARTIKEL BERKAITAN: Perut dah kenyang nak bergosip pula! Pemuda panas hati tetamu kenduri kahwin suka melepak, habis makan tapi tak bangunARTIKEL BERKAITAN: “Ingat kita ni lori sampah?” - Lelaki terkilan kawan jemput hadir kenduri sebab makanan tak habis, beria-ia suruh datang"New Malay wedding style, sengaja kumpulkan ramai-ramai bagi nampak suasana meriah. Lepas itu suruh tunggu," kongsinya di media sosial.Dalam masa sama, dia berkata tidak menjadi masalah sekiranya penganjur memaklumkan lebih awal mengenai atur cara majlis yang memerlukan tetamu menunggu sebelum jamuan dibuka."Kalau memang ada atur cara terperinci, saya datanglah selepas pukul 12 tengah hari.Lelaki pulang tanpa makan kerana tetamu diminta tunggu pengantin bergambar.Makanan sudah terhidang, tetapi jamuan hanya dibuka 45 minit kemudian.Dia berharap atur cara dimaklumkan lebih awal kepada tetamu.Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.Ramai berpendapat tetamu patut boleh makan sebaik hidangan tersedia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi kalau dalam jemputan tulis majlis bermula pukul 11 pagi, memang saya gerak awal sebab tak nak tergesa-gesa dan berebut tempat duduk," katanya.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ada bersetuju tetamu sepatutnya dibenarkan menikmati hidangan sebaik sahaja makanan dihidangkan."Pernah juga ada pengalaman macam ini datang ikut waktu pada kad jemputan, tapi masa tu baru nak akad nikah dah kena tunggu selesai baru boleh makan."Saya nikah 9.30 pagi tapi ada tetamu pukul 8 pagi dah sampai, memandangkan makanan memang dah siap kami sekeluarga okay je. Lagi pun memang tujuan nak jamu tetamu," kongsi netizen.