KETIKA kita berada dalam zaman serba moden, rupa-rupanya masih ada sebahagian keluarga yang taksub mengharapkan dikurniakan cahaya mata lelaki atas alasan mahu menjadikannya penyambung zuriat atau pewaris keluarga.Rentetan itu, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila berdepan dengan layanan dingin dan kurang sensitif daripada keluarga mentuanya yang terlalu mengharapkan kehadiran cucu lelaki. Menurut wanita berkenaan, bukan sahaja keluarga mentua, malah suaminya sendiri sejak dari awal kehamilan lagi sudah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dikurniakan anak lelaki.Ahli keluarga perlu memberi sokongan terhadap wanita hamil. -Gambar hiasan AI"Semasa mengandung dulu, suami berharap sangat dapat anak lelaki sebab keluarga dia belum ada cucu lelaki."Apabila makcik-makcik dia tanya jantina anak dan saya jawab perempuan. Terus mereka kata... la perempuan lagi, sedangkan mereka orang yang beragama," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Takut hilang kasih sayang anak lelaki, mentua ‘cucuk’ menantu hal dalam kain... Risau sangat kalau mengandung!ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami ‘angau’ cinta janda, lepas tangan nafkah anak... Mak ayah pula tanggung menantu, siap tolong bayar sewa rumahLebih mengecewakan, wanita itu mendakwa perkara pertama yang ditanya suaminya sejurus bersalin bukanlah mengenai khabar dirinya, sebaliknya ingin mendapatkan kepastian tentang jantina anak."Saya bersalin secara czer. Benda pertama suami tanya selepas saya keluar dari bilik bedah ialah... betul ke anak kita perempuan?"Habis kalau anak saya perempuan kenapa? Nak tanam hidup-hidup? Masih ada lagi perangai zaman jahiliah macam ni?"Lelaki atau perempuan, semuanya rezeki daripada Allah. Setiap anak ada hikmah dan keistimewaan masing-masing," katanya.Wanita terkilan suami dan mentua terlalu mengharapkan anak lelaki.Saudara-mara memberi reaksi kecewa apabila mengetahui bayi perempuan.Suami didakwa terus bertanya jantina bayi selepas isteri bersalin.Wanita tegaskan anak lelaki atau perempuan tetap rezeki Allah.Perkongsian itu mengundang kecaman warga maya terhadap sikap pilih jantina anak.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian penuh emosi itu ternyata menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa berang, selain mengecam hebat sikap si suami dan keluarga mentuanya yang dianggap sangat pentingkan diri."Cakap kat suami awak, Tuhan dah bagi kita anak pun bersyukurlah. Ramai pasangan lain nak anak tapi belum ada rezeki. "Dalam Islam kena belajar terima qada dan qadar, tapi masih ada yang persoal jantina anak tu. Kuat agama apa macam tu," komen netizen.