SEORANG wanita meluahkan rasa bimbang dan terkilan mengenai isu adab dalam kalangan kanak-kanak zaman sekarang, selepas dia menyaksikan satu insiden yang cukup memalukan di sebuah premis.Dalam hantaran yang dikongsikannya di media sosial, wanita berkenaan mendakwa melihat seorang kanak-kanak lelaki bertindak luar kawalan dengan menyentuh bahagian sensitif pada sebuah patung pameran yang ada di dalam premis tersebut.Apa yang membuatkan dia lebih terkedu apabila kanak-kanak tersebut tanpa segan-silu turut menyebut perkataan yang tidak sopan dan sangat tidak manis didengar.Anak perlu dididik dan didedahkan dengan perkara yang baik serta buruk. -Gambar hiasan AI "Kuat dia cakap... adik nak pegang patung tu . Mak dia cuba tekup mulut budak tu. Masa mak dia kat kaunter, dia selak kain telekung kat patung tu dan raba bahagian kemaluan."Tak pasti sama ada aku seorang je ke rasa benda ni sangat tak beradab," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dapat sedap ni” - Wanita terkejut berdepan gangguan seksual budak 11 tahun dekat pasar malam, rasa nak lempang!ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!Melihat kepada situasi tersebut, wanita itu turut menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengenai batas perbuatan dan percakapan sejak kecil."Tolonglah ajar anak batas-batas anggota badan yang boleh disentuh dan tak boleh. Cegah sebelum terlambat."Risau jadi kebiasaan dan kawan pula jadi mangsa," katanya.Tambahnya, insiden berkenaan bukan kali pertama berlaku di lokasi sama, sebaliknya didakwa pernah terjadi sebelum ini melibatkan kanak-kanak yang sama."Dah ada yang tegur, mak dia marah balik. Mak dia siap jegilkan mata," katanya.Wanita meluahkan kebimbangan mengenai adab kanak-kanak selepas satu insiden di sebuah premis.Dia mendakwa kanak-kanak itu berkelakuan tidak sopan terhadap patung di lokasi berkenaan.Kanak-kanak tersebut juga didakwa mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai.Wanita menegaskan ibu bapa perlu mendidik batas perbuatan anak sejak kecil.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Rata-ratanya senada dan bersetuju bahawa pembentukan adab seorang anak itu sebenarnya bermula daripada corak didikan ibu bapa di rumah."Kecil lagi budak tu, dah biasa cakap macam tu. Apa agaknya budak tu tengok sampai dia belajar benda-benda macam tu. Apa fungsi mak ayah dia?"Cikgu yang pertama adalah di rumah dan semua ni bermula dari rumah. Anak-anak perhati tau apa yang mak ayah dia buat," komen netizen.